MyNewsHub berkata mereka memetik laporan Harian Metro tetapi melalui carian di Harian Metro Online tak ada pula berita tersebut. Berita tentang Adi Putra gambar anu kepada bini orang.
Rujuk pula di bloh OhArtis.com tak ada pula disebut sumbernya. Kita cuba cari sumber utama, tak jumpa. Mungkin Harian Metro versi cetak.
Adi Putra dikatakan bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar ‘anu’ melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan, siasatan kes itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun ia hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.”
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.”
Laporan polis telah dibuat seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit kerana Adi Putra didakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu. Lelaki tersebut yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa mereka berkomunikasi sejak penghujung Julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit dan membuat laporan di Balai Polis Skudai. Adi Putra turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.
No comments:
Post a Comment