JAKARTA, 12 SEPT 2013: Komposer, pemuzik dan penyanyi Ahmad Dhani barangkali boleh disifatkan sebagai bapa idaman bagi sebilangan anak-anak. Sebabnya, dia sanggup memanjakan anak-anaknya dengan menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebuah kenderaan untuk memudahkan mereka menjalankan akviti harian mereka.
"Anak-anak saya mempunyai kenderaan masing-masing untuk setiap seorang. Al saya berikan BMW, El pula kereta Jaguar, manakala kereta Dul, Lancer pula sebelumnya adalah milik Al," katanya ketika memberikab keterangan kepada pihak polis di Balai Polis, Metro Jaya, Pancoran, Jakarta Selatan.
Pun begitu, Ahmad Dhani mengaku dia tidak pernah membenarkan ketiga-tiga anaknya itu memandu sendiri kenderaan mereka. Atas sebab itu, dia turut menyediakan pemandu untuk setiap kenderaan mereka.
"Pemandu Dul namanya, Kirman, yang menadu kereta Al adalah Muji, manakala pemandu El adalah Randi," katanya.
Ahmda Dhani juga akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa Dul telah membawa kenderaannya sendiri sehingga menyebabkan berlakunya insiden nahas di Tol Jagorawi KM 8 pada awal pagi, Sabtu lalu.
Kenderaan yang dipandu Dul itu terbabas masuk ke jalan raya yang bertentangan serta turut menghentam kenderaan-kenderaan yang lain. Akibat daripada nahas itu, 6 orang telah menjadi mangsa korban, manakala 9 lagi mengalami kecederaan.
Manakala, Dul dan rakannya, Noval yang turut berada di dalam kenderaan tersebut turut dikejarkan di hospital akibat pendarahan. Dul sendiri telah menerima pembedahan sebanyak 3 kali akibat pendarah di usus perutnya.
Sumber : Murai.com

No comments:
Post a Comment