Sunday, September 29, 2013

Kisah Mayat Berjalan Di Toradja, Indonesia

mayat-pulang
MAYAT BERJALAN DI INDONESIA Terdapat satu tempat di Indonesia di mana orang-orang tertentu boleh membuat mayat berjalan kaki sekali lagi selepas mereka mati. Kejadian yang berlaku di Kampung Toraja mempunyai ritual aneh dan amat mistik di mana penduduk kampung yang mati kononnya dibangkitkan sebagai zombie.
Mayat yang mati di tengah-tengah hutan akan berjalan sendiri ke rumahnya. Ini adalah sejenis amalan di Kg. Trodja (Indonesia). Kawasan di sekitar kampung dikatakan berbukit-bukau. Maka jika ada kematian, mayat akan berjalan sendiri pulang ke rumahnya tidak akan menyusahkan orang untuk mencarinya.
Penduduk kampung percaya bahawa orang yang mati hendaklah ditanam di tempat di mana mereka dilahirkan. Malangnya bagi orang-orang di bahagian ini diIndonesia, kampung-kampungnya adalah agak jauh daripada satu sama lain. Apabila orang mati jauh dari kampung mereka, mereka perlu dibangunkan supaya mereka boleh “berjalan” kembali ke tempat mereka lahir. Walau bagaimanapun, jika anda bercakap atau menegur yang mati secara langsung, mereka hanya akan rebah ke tanah dan tidak akan bergerak semula.

No comments:

Post a Comment