KL, 10 JULAI 2013:
Bukan kata korang je yang terkejut bila baca headline Murai Batu ni, tapi Murai Batu sendiri pun terkejut apabila mendengar berita ini. Yelah, macam mana nak percaya sedangkan kisah cinta mereka berdua ini sudah lama senyap dan dengarnya sudah pun break up?
Bukan kata korang je yang terkejut bila baca headline Murai Batu ni, tapi Murai Batu sendiri pun terkejut apabila mendengar berita ini. Yelah, macam mana nak percaya sedangkan kisah cinta mereka berdua ini sudah lama senyap dan dengarnya sudah pun break up?
Tup-tup, Murai Batu dengar sekarang ini Dato` Ramli MS dengan Alyah kononnya sudah pun kahwin senyap-senyap. Berita ini pun Murai Batu perolehi daripada seorang rakan yang boleh dikatakan agak rapat jugalah dengan pengarah muzik terkenal, Dato` Ramli MS. Dia beritahu rakannya itu ada terlepas cakap yang beritahu pengarah muzik itu rupanya sudah berkahwin dengan penyanyi Alyah.
Malah Murai Batu diberitahu, mereka sudah pun berkahwin selepas Alyah mengerjakan umrah baru-baru ini iaitu selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Bila dikira-kira balik, makananya sudah lebih 2 bulan ke mereka berkahwin? Yelah tak silap Murai Batu, Alyah pulang dari umrah pada awal April lalu.
Malah, Murai Batu dengar lagi, Alyah sudah pun tinggal bersama dengan Ramli MS di rumah pengarah muzik itu yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Betul ke apa yang Murai Batu dengar ni? Murai Batu sendiri sukar hendak percaya kerana apa yang musykilnya, jika benar mereka sudah berkahwin tetapi mengapa masih mahu merahsiakan?
Namun, tak mungkin pokok bergoncang jika tiada angin yang bertiupkan? Sedangkan, Murai Batu rasa, mereka tidak perlu buat begitu kerana apa yang Murai Batu tahu kedua-duanya single. Yelah, apa yang nak disorokkan lagi, lain lah kalau Alyah bernikah dengan suami orangkan?
Entah lah, Murai Batu sebenarnya dah lama dengar cerita ini, tetapi tak tertanggung bila ada juga yang bertanyakan mengenai kesahihan berita ini dan ia membuatkan Murai Batu sendiri teringin sangat nak tahu.
Apa-apa pun, Murai Batu terlebih dahulu ingin meminta maaf jika cerita yang Murai Batu dengar ini tidak benar sama sekali. Tetapi jika benar, harap mereka dapat kongsikan bersama dengan media dan peminat di luar sana.
MURAIBATU: Berita yang baik, lekolah digembar-gemburkan, jika tidak mendatangkan fitnah yang kurang elok..
No comments:
Post a Comment