Tuesday, September 17, 2013

Proparodi Tragedi Kemalangan Selebriti Popular

Sumber : Murai.com

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2013: 

Kebelakangan ini Miss Propa dengar banyak sungguh kemalangan jalan raya yang membabitkan selebriti popular tanah air mahupun dari seberang.
Miss Propa ingat lagi tragedi malang yang menimpa vokalis kumpulan Spin iaitu Achik yang telah meninggalkan kita semua selepas terbabit dalam kemalangan ngeri beberapa tahun lalu.
Aktres sensasi Nabila Huda baru-baru ini telah menimpa musibah apabila terbabit dalam satu kemalangan bersama anak kesayangannya dan seorang teman ketika dalam perjalan pulang dari Kuantan, Pahang ke ibu negara.

Malah susulan daripada kemalangan itu, timbul pula drama atau kontrovesi diantara Nabila dan ayahnya iaitu penyanyi rock lagenda, Amy Search.

Rasanya, tak payahlah Miss Propa jelaskan lagi apakah drama yang timbul. Biarlah mereka anak beranak selesaikan sendiri.

Dalam mingggu ini juga, anak kepada penyanyi terkenal dari Indonesia, Ahmad Dani iaitu Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul telah terbabit dengan kemalangan yang meragut banyak nyawa orang awam.
Malah kes kemalangan itu telah menjadi huru-hara apabila Ahmad Dani telah dipersalahkan kerana seakan menjadi punca kerana membenarkan membenarkan anak dibawah jagaanya itu memandu kereta dalam keadaan merbahaya.

Apapaun Miss Propa doakan agar semuanya akan kembali tenang dan jangan sekali-kali membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan terutama di jalan raya terbuka.
Kepada mereka yang sudahpun memiliki lesen dan berpengalaman memandu, pandulah kenderaan anda dengan cara paling selamat supaya tiada kemalangan jiwa berlaku untuk kesejahteraan anda dan keluarga anda juga.

No comments:

Post a Comment