Tuesday, September 17, 2013

Jules Schratter Tak Boleh Berenggang Dengan Yuna?


Jules Schratter Tak Boleh Berenggang Dengan Yuna?

Maksud berbeza Murai Batu itu adalah, Murai Batu lihat Jules seorang terbuka untuk bercerita mengenai hubungan yang terjalin di antara dia dengan Yuna, lebih-lebih dalam laman Instagram miliknya yang sering saja dipenuhi foto-foto serta video bersama Yuna.


KL, 12 SEPTEMBER 2013: Murai Batu perasan komposer, pemuzik dan penyanyi, Yuna dari dulu hingga kini sekerasnya menafikan kisah cintanya dengan lelaki mat salleh yang bernama Jules Schratter. Murai Batu pun tak tahu mengapa sehingga kini Yuna masih lagi mahu merahsiakan hubungannya dengan jejaka kacak itu, sedangkan Jules sendiri pula mengambil pendekatan yang berbeza.

Bukan sahaja foto, malah Murai Batu perasan juga dengan ayat-ayat yang digunakan oleh Si Jules ini, seolah-oleh dia sedang in love giler dengan Yuna. Malah dalam 'caption satu atau dua keping gambar Yuna seorang yang dimuat naik Jules dalam Instagramnya itu, dia turut menyebut bahawa dia adalah lelaki paling bertuah.
Apa yang dimaksudkannya dengan bertuah itu, Murai Batu tak pastilah. Adakah maksudnya dia lelaki bertuah yang berjaya menambat hati gadis bertudung itu? Atau adakah dia bermaksud hanay dia seorang saja yang berpeluang merakamkan gambar Yuna? Hanya Jules saja yang tahu.

Tapi, daripada apa yang Murai Batu perhatikan, Jules memang selalu bersama Yuna. Paling manis ketika Jules memuat naik video dia dan Yuna ketika berada di airport. Mereka duduk sambil menyaksikan sunset dan juga kapal terbang yang berlepas di depan mata. Murai Batu rasa time tu diaorang nampak sangat sweet! Hahaha
Lebih mengukuhkan lagi hubungan cinta mereka ini, bila Murai Batu dengar mereka sama-sama pulang ke Malaysia untuk temani Yuna untuk mengadakan konsert solonya di Istana Budaya baru-baru ini.
Murai Batu dapat tahu, Jules menonton hampir setiap malam konsert Yuna untuk memberi sokongan buat penyanyi dan pemuzik berbakat itu. Dengarnya dia masuk percuma! Wah, bertuahnya Jules dapat menyaksikan konsert Yuna yang harga tiketnya ratusan ringgit itu.

Bertuah juga Yuna kerana dapat kekasih mat salleh yang begitu loving dan caring hingga sanggup menamaninya ke mana sahaja. Senang kata Murai Batu tengok mereka ni seperti susahlah nak berenggang!
MURAIBATU: Tak sabar nak tengok Black jadi Raja Sehari.

No comments:

Post a Comment