Sunday, September 29, 2013

Perkahwinan Mayat Dengan Mayat Di Cina

mayatkahwin
Di wilayah Hebei, penduduk tempatan percaya bahawa seorang lelaki yang meninggal dalamkeadaan belum berkahwin, tidak akan boleh masuk syurga.
Pekara inilah yang membuat pernikahan terjadi. Bagaimana dua mayat yang tidak lagi boleh bergerak dapat melangsungkan perkahwinan?
Seorang mayat Gadis yang sudah tua tersebut bernama Miss Wu. Miss Wu dijual keluarganya ke seseorang bernama Tuan Liu. Tuan Liu baru saja kehilangan saudara laki-laki yang belumberkahwin. Ia berfikir bahawa Miss Wu boleh menjadi pengantin wanita untuk saudaranyatersebut. Ia lalu membayar sekitar US20 ribu untuk mayat Wu dan membuat perkahwinandengan upacara yang dikenali dengan istilah Minghun. Dalam perarakan, kedua pengantin akandikuburkan bersama-sama.
Tidak lama, sebuah kejadian membuat kebahagian mereka hilang. Miss Wu dicuri olehseseorang yang lalu menjualnya ke sebuah keluarga dengan harga murah kerana keadaanMiss Wu yang sudah mulai membusuk. Keluarga itu lalu mengawinkan Miss Wu dengan orang lain. Namun setelah dilakukan penyelidikan, pencuri mayat itu tertangkap.
Fenomena Miss Wu bukan satu-satu perkahwinan mayat di China. Tradisi yang meyakiniseorang lelaki mati memerlukan isteri untuk masuk ke akhirat membuat kemunculan pasaranyang memperjual beli mayat pengantin. Para pembeli rela mengeluarkan wang lebih dari US7 ribu untuk membeli mayat pengantin itu.
Keuntungan yang lumayan besar itulah penyebab kerap belakunya kecurian di perkuburan, bahkan membunuh seseorang agar boleh dijual. Salah satu kes berlaku pada tahun 2006ketika seorang lelaki bernama Song membunuh 6 wanita lalu menjualnya sebagaipengantin.Mengikut rekod Polis mengatakan bahawa ia memilih untuk membunuh 6 wanitauntuk dijual kerana hal itu lebih mudah dibanding dengan diam-diam mencuri mayat wanita yang telah mati di perkuburan.

No comments:

Post a Comment