KL, 17 SEPT 2013: Beberapa minggu lalu Murai Batu ada dengar gosip mengatakan isteri kedua kepada Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah sudah pun hamil tetapi gosip itu telah dinaifkan sendiri oleh pelakon dan pengacara itu.
Tapi, Ahad lalu sebuah lagi gosip keluar di akhbar tabloid memberitahu bahawa sebenarnya Wan Sakinah memang benar sudah hamil. Malah dia telah pun disahkan hamil 6 minggu.
Wah tahniah Murai Batu ucapkan kepada pasangan ini. Alahai, berita baik ini mengapa perlu disorok? Tidakkah Ashraf teruja menimang cahaya mata pertama walaupun ianya datang dari isteri kedua?
Murai Batu dengar gambar ubat-ubatan yang dimuat naik oleh Wan Sakinah di dalam laman sosial Instragramnya pada minggu lalu merupakan ubat yang diberikan ketika dia berjumpa dengan doktor selepas dia akui berasa loya-loya serta tidak sedap badan.
Malah, menerut gosip yang Murai Batu dengar itu Wan Sakinah masih lagi mengalami alahan yang teruk termasuk sakit kepala, muntah dan hilang selera makan. Setahu Murai Batu ianya biasa dikalangan ibu yang hamil diperingkat awal kerana waktu itu berlaku perubahan hormon. Apa-apa pun, Murai Batu doakan semoga keishatan isteri kedua Ashraf Muslim dan bayi yang dikandung sihat walafiat dan selamat sehingga ianya dilahirkan.
No comments:
Post a Comment