Tuesday, November 26, 2013

"Sungai Neraka Sanggup Direnangi" Astaghfirullah Al Azim!!!

Sumber : 




DOA MINTAK JAUHI ZINA DAN MAKSIAT 

Letak tangan di dadanya (anak2/kawan2/diri sendiri), dan bacalah doa ini:


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

P/S : Klau nak baca utk anak perempuan, Tukar BAHU kepada BAHA, JAHU kepada JAHA.


Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:


“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

Tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Monday, November 25, 2013

Sharnaaz Ahmad Bersara

Sumber : Beautifulnara

Berita sedih buat peminat dunia hiburan amnya dan peminat pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad khususnya. Pelakon yang seringkali dikaitkan dengan kontroversi ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan tanah air. Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonannya.
sharnaaz ahmad bersara
Keputusan mengejut ini diambil oleh Sharnaaz kerana terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi dunia hiburan. Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai. Kata Sharnaaz:-
Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.
sharnaaz ahmad bersara
Pasti ada peminat wanita terutamanya yang kecewa dengan keputusan Sharnaaz ini. Namun Abang Nara respek dengan pendirian Sharnaaz yang mementingkan kebahagiaan walaupun rezekinya melimpah ruah di dalam bidang lakonan. Duit banyak tapi hati tak senang apa guna kan? Abang Nara serius terharu mendengar kata-kata Sharnaaz mengenai keputusannya ini:-
Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, 
terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.
sharnaaz ahmad bersara
Kagum Abang Nara dengan keputusan yang diambil oleh Sharnaaz Ahmad lebih-lebih lagi ketika namanya sedang meningkat naik. Bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun demi keluarga, ia adalah satu tindakan yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Semoga Sharnaaz akan terus maju jaya dalam bidang yang bakal diceburinya kelak. Sama-samalah kita doakan.

Saturday, November 23, 2013

Muslim passenger shot in face in terrifying Russia subway attack


Shocking video footage has emerged of a suspected racist or Islamophobic shooting on the Moscow metro as two men armed with handguns attacked another passenger.
The attackers drew guns in the vicious assault which was caught on footage obtained by Life News, a major Russian media outlet.
One of the attackers brandished a pistol and lashed out at his defenceless victim, then pointed the pistol in his face before firing a second round.
The other attacker then  shot into the abdomen of Khashim Latipov, 30, from Dagestan.
He kicked him and shot again, putting the gun at the man’s head, as other passengers fled to the far end of the carriage.
Faces of both attackers were caught by the security camera in the November 17 incident. Miraculously, Lapitov survived the attack but is seriously wounded.
The footage was released in a bid to catch the attackers.


SAJAK UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W DARI MAHARAJA CHINA |

 Percaya atau tidak, seorang maharaja yang dianggap antara yang teragung pernah memerintah Tanah Besar China pernah menulis sajak puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sembilan abad yang lampau.
Maharaja yang dikenali sebagai Maharaja Hongwu(1328-1398) adalah pengasas kepada Dinasti Ming yang mendominasi Tanah Besar China selama 276 tahun. Maharaja Hongwu terkenal sebagai maharaja yang bertolenrasi terhadap agama terutama agama Islam.
Baginda tidak pernah melarang ajaran Islam tersebar di wilayah jajahannya bahkan pernah bertitah supaya mendirikan beberapa masjid bagi memudahkan umat Islam beribadat. Antara masjid yang ‘mendapat’ jasa bakti daripada Maharaja Hongwu adalah di Yunnan, Nanjing, Guangdong dan Fujian.

TERKINI : Bekas Suami Pelakon Wan Nor Azlin Meninggal Dunia

suami wan azlin meninggal dunia

Saturday, November 23, 2013
Bekas Suami Pelakon Wan Nor Azlin Meninggal Dunia  | Menerusi forum Cari, dilaporkan bekas suami pelakon Wan Nor Azlin, Mohd Yazli Yaacob telah kembali ke rahmatullah semalam (22 November 2013) akibat serangan jantung semasa mendapatkan rawatan di IJN.






Bekas Suami Pelakon Wan Nor Azlin Meninggal Dunia


Menurut info lagi, berita ini di sahkan oleh kawan arwah di facebook iaitu Hafizd Azmi.

Jenazah Allahyarham akan di kebumikan pada pukul 10 pagi ini di Kampung ibunya di Kg Rizab melayu ,Tambun Perak.



Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan tempatkan dia bersama orang yang soleh.

sumber

Thursday, November 21, 2013

Tiada Istilah Nak Tayang Body – Faezah Elai

Sumber : Beautifulnara
Ok Abang Nara sebenarnya kagum dengan Faezah Elai yang berjaya menguruskan badannya dengan sangat cepat selepas melahirkan anak baru-baru ini. Ramping macam anak dara. Terkejut jugak Abang Nara melihat kekurusan Faezah Elai menerusi gambar yang dikongsikannya menerusi Instagram. Slim sangat!!!
faezah elai kurus
Kurus kan? Apa agaknya teknik yang digunakan oleh Faezah Elai untuk mendapatkan badang seramping ini? Yang nyata, ada peminat yang mengkritik kononnya Faezah Elai sengaja mahu menayangkan bentuk badannya menerusi gambar yang dikongsikannya. Mungkin ada yang “cemburu” tidak mendapat badan secantik dirinya. Faezah Elai menafikan kritikan tersebut seperti di bawah:-
faezah elai kurus
Ada betulnya juga kata Faezah Elai di atas kan? Namun biasalah manusia mana yang tak cemburu dengan kerampingan badan yang dimiliki oleh Faezah. Abang Nara yang lelaki pun jeles jugak. Diharap Faezah dapat kongsikan rahsianya dengan kita semua.
faezah elai kurus
Apa kata anda? Wajarkah Faezah Elai berkongsi gambar sebegini rupa dengan para peminatnya? Atau ia seharusnya disimpan untuk tatapan suami tercinta sahaja? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

AKAR RUPA MANUSIA

  • Akar seakan wajah manusiaWajah pada akar pokok ru dirakam dari jarak dekat.

MARANG - Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.
Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.

Wednesday, November 20, 2013

Menteri Kesihatan cedera, pengawal peribadi parah kereta terbabas


Alor Gajah: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan malam ini.

Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki PROTON Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka. 
Beliau yang dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus kejadian dikatakan cedera di tengkuk akibat terhentak. Keadaanya dilaporkan stabil sehingga lewat malam tadi. 


Bagaimanapun pengawal peribadi beliau Zulkifli Abd Wahab parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama. 

Pemandu kereta yang hanya dikenali Anuar cedera ringan dan turut mendapat rawatan di hospital sama.

Siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Subramaniam terbabas selepas dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di tempat kejadian.

Kereta berkenaan didapati berhenti di tengah lorong lebuh raya berkenaan.

VILLA NABILA kembali popular


  • Banglo tinggal kembali popularBahagian dalam Villa Nabila dipenuhi orang ramai yang ingin melihat keadaan banglo berkenaan
 1 / 1 
WALAUPUN berita seorang remaja 16 tahun yang kononnya hilang selepas memasuki sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai dilaporkan media telah ditemui semula namun orang ramai masih berpusupusu untuk melihat keadaan banglo lama atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi, laluan di jalan pantai Lido itu sesak di kedua-dua hala sepanjang lebih satu kilometer berikutan banyak kereta yang keluar masuk untuk singgah ke Villa Nabila selain ada pemandu yang bertindak memperlahankan kenderaan mereka.
Kebanyakan pengunjung mengakui mahu melihat sendiri keadaan banglo terbiar itu selepas berita kehilangan 23 remaja yang dilaporkan gagal keluar dari Villa Nabila awal pagi kelmarin tersebar di internet dan media sosial.
Tidak kurang juga yang sanggup bercuti kerja dan menggunakan masa rehat untuk datang mengambil gambar di kawasan banglo tiga tingkat itu apabila nama Villa Nabila kembali menjadi popular selepas dikaitkan dengan kehilangan sekumpulan remaja
terbabit.
Seorang peniaga, Ruslan Ahmad, 51, sanggup memandu dari Bandar Mas, Kota Tinggi bersama isteri dan dua anaknya semata-mata untuk melihat sendiri keadaan banglo tinggal itu selepas membaca laporan akhbar.
“Sebelum ini, saya hanya mendengar pelbagai versi cerita mistik yang dikaitkan dengan sejarah banglo ini, dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Villa Nabila ini.
“Disebabkan pelbagai berita tersebar kami juga mengambil keputusan untuk melihat banglo tinggal ini termasuk kawasan sekitarnya,” katanya.
Sementara itu, seorang warga emas, John Fernandez Joe, 60, dari Kebun Teh , di sini mengakui ketika zaman kecilnya dia berkesempatan melihat banglo mewah yang dibina sekitar tahun 1970-an.
“Saya gemar berkelah di kawasan pantai Lido, ketika itu, banglo ini antara kediaman mewah di Johor Bahru, apa yang kita difahamkan pemiliknya adalah seorang ahli perniagaan berpangkat datuk namun dia telah menjualnya kepada pemilik lain.
“Tidak dinafikan kisah banglo ini ada pelbagai versi, malah terdapat versi lyang menyatakan anak pemilik kedua Villa terbabit meninggal dunia manakala mayat anaknya itu disimen di bahagian dinding salah sebuah bilik,” katanya

GANTUNG SAMPAI MATI!!!! Tiada Pengakuan Direkodkan!!




Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh dengan niat pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib dengan menembak muka mangsa sehingga mendatangkan kematian.

Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.

Monday, November 18, 2013

PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK Projek dengan pakwe di rumah nenek


Sekadar hiasan.
Dirogol dalam Rumah Nenek

[SH] SETIU – Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - 19/11/13


P/s: Cerdik akademik tidak semestinya cerdik sahsiah.

Kah Kah semua kena tipu dgn Mohd Izzat



[mSTAR] JOHOR BAHRU: Budak lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, sebuah banglo yang terbiar di sini dan disenaraikan sebagai salah sebuah dari lima tempat paling menyeramkan di negara ini, telah dijumpai.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, dikatakan telah berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, di sini.

Ibunya Norhayati Mohamad, 39, berkata, polis memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya telah ditemui sekitar pukul 2 pagi Selasa.

"Saya lega kerana saya benar-benar percaya bahawa makhluk halus telah mengambil anak saya," katanya ketika dihubungi.

Norhayati berkata, beliau berjaya bercakap dengan anaknya secara ringkas dan anaknya memberitahu bahawa dia telah terlupa untuk memberitahu ibunya di mana dia berada.

"Dia tidak pernah hilang seperti ini sebelum ini, sekarang saya hanya berasa lega, " katanya, sambil menambah anak lelakinya itu masih disoal siasat oleh pihak polis pada masa ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki bangunan terbiar di Danga Bay di sini pada sabtu.

Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.

Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.

Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.

Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor. - 19/11/13


--------------

PUIIIII !!! 1 MALAYSIA KENA KENCING DGN IZZAT...

Expedia Senaraikan Banglo Villa Nabila Tempat Berhantu Di Malaysia


VILLA2
Pintu masuk ke Villa Nabila.

JOHOR BARU: Pusat pembangunan Danga Bay mungkin lebih dikenali sebagai sebahagian daripada projek bernilai jutaan ringgit yang dibangunkan oleh Iskandar Malaysia.
Tetapi, ramai termasuk penduduk tempatan di sini tidak mengetahui bahawa, portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikan ia antara lima tempat berhantu di Malaysia.
villa-nabila-8010
Ia tersenarai menerusi sebuah banglo lama tinggalan, dikenali sebagai Villa Nabila, terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor.
Banglo tersebut menyimpan rahsia selama 40 tahun dan terdapat beberapa versi bagaimana ia memperoleh status tersebut.
Ia termasuk kes pembunuhan yang berlaku di kalangan keluarga Caucasian kaya yang tinggal di banglo itu.
Versi lain mendedahkan bagaimana pembantu rumah merupakan dalang pembunuhan itu dan membunuh keluarga tersebut termasuk seorang anak perempuan bernama Nabila dan mayatnya ditanam di suatu lokasi dekat kawasan banglo tersebut.
Salah satu cerita yang menarik perhatian adalah ahli keluarga tersebut dibunuh oleh dua lelaki yang diupah oleh saudara mereka kerana sikap tamak.
Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah pelawat perlu memasuki rumah tersebut dalam nombor genap.
Sekiranya mereka melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo tersebut.
Tinjaun The Star mendapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di kawasan sekitar walaupun mengetahui bahawa banglo tersebut mungkin berhantu.
Salah seorang daripada mereka, Azmirul Syafiq Azmadi, 12, berkata dia dan rakan-rakannya datang ke kawasan itu untuk melihat sendiri jika terdapat hantu di rumah tersebut.
“Saya pernah terdengar mengenainya dari rakan saya dan orang tua bahawa rumah itu berhantu.
“Kami mungkin akan kembali lagi pada waktu malam untuk mencuba nasib,” katanya sambil menambah mereka tidak melihat sesuatu yang pelik.
Expedia turut menyenaraikan Kellie’s Castle di Perak, Banglo di Jalan Turi, Bangar, banglo kolonial di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan Apartment Ria di Genting Highlands sebagai antara tempat-tempat lain untuk memburu hantu.

villa3
Penolong Pengarah Pelancongan Johor, Amirul Asyraf Ibrahim yakin menerusi penyenaraian itu akan menarik lebih ramai pelancong terutama mereka yang gemar melawat tempat-tempat menyeramkan.
“Di negara lain, terdapat beberapa pakej mengenainya untuk menarik pemburu hantu dan mereka yang mahukan sesuatu yang mencabar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersedia untuk bekerjasama dengan ejen pelancongan bagi mempromosikan pakej aktiviti memburu hantu dan fenomena ghaib di Johor. – Mstar.

Sunday, November 17, 2013

VILLA NABILA EXPOSED!


Pelbagai kes aneh dilaporkan mengenai Villa Nabila terletak di Johor Bahru, Johor. Awal tengahari tadi saya bersama beberapa rakan meninjau lokasi terbabit.

Berikut pintu masuk utama ke villa dikatakan berpuaka.


Sebaik memasuki kawasan itu, saya rakamkan gambar pokok tumbang di bawah.


Villa terbabit kini diselubungi pokok berakar berjurai dan menjalar sehingga menutupi keseluruhan struktur.


Berikut gambar dirakamkan di tingkap bawah villa lama telah ditinggalkan itu.


Villa Nabila dilaporkan mempunyai kolam renang dan kami kemudian mencari kolam terbabit. 

"Kata tadi ada kolam renang, kan?," soal Mohd Azhar Che Umar.


Kami mendapati, lantai bawah Villa Nabila dijadikan sarang penagihan dadah.


Kami kemudian naik ke tingkat satu.

"Tengok ini," ujar Mazlan.

Thursday, November 14, 2013

Bocor rahsia sulit: Nurul Izzah perlu disiasat


  • Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar
 1 / 1 
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara.

Katanya, tindakan undang-undang tidak dikecualikan sama ada pemimpin itu mewakili parti pemerintah mahupun pembangkang termasuk badan bukan kerajaan (NGO)

Langkah itu katanya, bagi menjamin rahsia strategi keselamatan negara tidak terdedah kepada pihak luar.

Bagaimanapun beliau mendakwa, pembocoran rahsia keselamatan negara ini lazimnya dilakukan oleh pemimpin pembangkang bertujuan memburukkan imej negara.

"Pembangkang di negara ini sanggup lakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak yang berkepentingan," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras, semalam.

Syed Ali memberikan reaksi demikian berhubung pembocoran rahsia keselamatan negara yang didakwa berkaitan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Pihak berkuasa harus siasat bagaimana Nurul Izzah mendapat tahu maklumat tersebut dan apa motifnya mendedahkan kepada umum sedangkan perkara itu merupakan rahsia strategi keselamatan negara.

"Dalam isu keselamatan sepatutnya tidak dipersoalkan secara terbuka apatah lagi di depan khalayak umum dan Nurul Izzah selaku wakil rakyat sewajarnya menggunakan saluran yang betul," katanya.

Sebelum ini, laporan dari portal berita melaporkan, Izzah pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Izzah berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

Kenyataan Izaah itu turut mendapat kecaman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu kerajaan menyiasat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menurut Syed Ali lagi, isu tersebut sengaja dipolitikkan oleh pemimpin PKR bertujuan meraih sokongan rakyat.

"Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan aspek keselamatan negara.

"Jangan kerana hendak jadi popular dan juara, mereka boleh cakap sesuka hati termasuk membocorkan rahsia keselamatan negara," katanya.

Para isteri sila Jaga perut, bawah perut suami




  • MUHAMAD MAT YAKIMMUHAMAD MAT YAKIM
 1 / 1 
Maaflah kalau ayat saya kali ini agak berterus terang. Sejak lama dulu, kita biasa dengar apa yang sering disebut orang terutama pesanan daripada seseorang yang lebih tua kepada seorang wanita yang baru menempuh alam baru hidup berumah tangga, untuk pikat suami adalah dengan menjaga perut, dan yang di bawah perutnya!
Maksudnya, isteri perlu jaga baik-baik hal makan minum suami, dan juga memberi layanan yang terbaik kepadanya di tempat tidur.
Kalau isteri terbaik dalam dua perkara itu, dikatakan bahagialah rumah tangga. Suami yang kenyang makan di rumah takkan makan di luar - satu ayat yang mempunyai dua makna!
Tengah hari minggu lalu, saya duduk bersembang dengan tiga rakan, dua wanita yang kedua-duanya penerbit rancangan televisyen dan seorang lelaki, pensyarah universiti di sebuah restoran mamak di Kuala Lumpur.
Kami ditanya apakah benar lelaki zaman sekarang masih mengutamakan isteri yang pandai memasak?
Rakan saya si pensyarah berkata, dia tidak pernah terfikir pun mengenai hal itu. Saya sendiri pula kata, apa yang dimasak oleh isteri, bagi saya semuanya sedap (dan memang sedap pun).
Tetapi sebagai wanita bekerja, saya tahu isteri jarang-jarang sekali dapat peluang untuk memasak dan saya pula jarang-jarang sekali dapat peluang untuk makan di rumah. Dan saya amat hargai jika dalam peluang yang jarang-jarang itu, dia masih juga berusaha memasak untuk saya dan saya tahu, dia juga amat hargai dan berasa seronok jika saya dapat makan di rumah.
Ya, memangnya saya sendiri pun seronok sangat dapat makan di rumah. Tetapi jika saya yang bekerja ini tahu penat, isteri pun apa kurangnya!
Dia pun tahu penat juga dan pada hari cuti, saya lebih suka jika dia berehat. Inilah masanya untuk saya bawa dia makan di luar. Akan tetapi pada hari itu jugalah saya perhatikan dia akan sedaya upaya juga masak untuk saya makan di rumah.
Tidak. Ini bukanlah semata-mata cerita hal saya dan isteri dalam hal masak dan makan. Berbalik pada topik yang saya dan rakan-rakan bualkan, kita cuma mahu bandingkan apakah lelaki pada zaman ini masih demand pada isteri yang pandai masak, pandai jaga perut suami.
Sebabnya, wanita sudah jauh berubah. Jika dahulu bolehlah wanita dituntut pandai memasak untuk ikat hati suami sebab mereka zaman itu rata-rata tidak bekerja, tetapi wanita sekarang dalam bab ekonomi atau cari rezeki, sudah sama naik dengan lelaki.
Justeru, masihkah wajar dalam keadaan berpenat lelah pulang kerja, kena senteng lengan masuk dapur, masak sedap-sedap sedang suami hanya menunggu sambil berlingkar depan TV macam ular sawa tua?
Ya, saya tahu itu semua jadi pahala yang akan bawa si isteri ke  syurga tetapi ALLAH Maha Kaya, tak akan berkurang pahala isteri malah suami sendiri juga akan dapat pahala jika dapat bertolak ansur dan tidak terlalu meminta-minta. Kalau mahu layanan lebih, jangan suruh isteri bekerja, biar dia jadi suri rumah sepenuh masa.
Apa pun, dari lubuk hati sendiri, saya bersetuju dengan pengakuan rakan saya si pensyarah bahawa lelaki sekarang sudah tidak terlalu  kisah sama ada isteri pandai memasak atau tidak. Tetapi janganlah sampai tak tahu langsung hingga emak mertua bertandang pun dihidang mi segera. Itu cari penyakit namanya!
Mungkin juga ini petanda bahawa suami zaman ini sudah dapat menyerap perubahan untuk lebih memahami situasi isteri masing-masing yang tidak alah sibuknya berbanding diri mereka sendiri. Atau mungkin juga lelaki zaman ini sudah berjaya dipengaruhi oleh para isteri untuk juga jadi seperti mereka - jaga perut tetapi bukan jaga dalam erti kata makan dengan banyak dan sedap sebaliknya jaga dengan cara berlapar. Maklumlah zaman ini, sedap dipandang lebih diutamakan berbanding sedap makan!
Apa pun, terpulanglah. Yang penting suami isteri kenalah hidup sejujurnya antara satu sama lain. Kalau suami makan di rumah sekadar untuk ambil hati isteri sedangkan dia sudah makan di luar, pun tidak baik juga walaupun niat dan tujuannya baik.
Seperti kata seorang kawan saya yang nakal: "Aku balik ke rumah walau macam mana kenyang pun, tetap makan juga seolah-olah aku tak makan lagi, makan macam orang lapar. Inilah cara untuk jaga hati isteri supaya dia tidak syak apa-apa ..."
Ya, ayat ini seharusnya dibaca dengan dua makna macam ayat yang di atas juga. Agaknya spesies macam inilah, yang perut tidak berjaga. Selain kandung lemak yang banyak, juga kandung dosa yang banyak!

Hari terakhir FBI di Hot FM



  •  Faizal IsmailFaizal Ismail bersama rakan sekerja di konti Hot FM.
 1 / 1 
HARI ini merupakan hari terakhir buat penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI bersama stesen radio tersebut.

FBI membuat keputusan meletakkan jawatan selepas menggalas tugas di radio berkenaan hampir lapan tahun.

Konti Hot FM pagi ini diselubungi suasana sedih apabila FBI mula mengucapkan terima kasih kepada Hot FM yang diiringi dengan tangisan pada segmen Hot FM Am Krew.

Rakan penyampainya, Fara Fauzana dan Syarifah Aleya turut mengalirkan air mata.

“Saya boleh katakan, naiknya nama saya kerana dia (Hot FM) sudah pun berada di atas ketika itu. Saya sangat-sangat terhutang budi dengan dia.

“Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Hot FM yang sangat-sangat hebat bagi saya. Saya terhutang budi kepada mereka selama lapan tahun saya bersama dengan mereka,” kata FBI yang dipetik dari laman sosial Instagram Hot FM.

Lesen Restoran Nasi Ganja Dibatalkan Serta Merta


Lesen perniagaan Restoran Nasi Kandar terkenal di Ipoh yang lebih dikenali dengan 'nasi ganja' telah dibatalkan.
ganja1Menurut sumber lesen perniagaan restoran itu terpaksa dibatalkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) setelah pengusaha itu didapati melanggar peraturan berkaitan kebersihan dalam proses penyediaan makanan.
Sumber itu memberitahu pengusaha terbabit perlu memohon semula lesen serta mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan sebelum MBI boleh mengeluarkan lesen baharu.
"Sehingga lesen baharu dapat dikeluarkan, restoran itu tidak dibenarkan beroperasi atau menjual makanan kepada orang ramai," kata sumber itu. 
Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim yang ditemui di majlis perasmian expo perabut di Stadium Perak petang tadi enggan mengulas lanjut mengenai pembatalan lesen tersebut tetapi akan membuat penjelasan dalam satu sidang media esok.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa MBI ada mengeluarkan kompaun terhadap pengusaha nasi kandar di Jalan Yang Kalsom itu.
Katanya anggota penguatkuasa MBI turut terlibat dalam operasi serbuan ke atas premis itu petang tadi.
Katanya operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Kesihatan dan Immigresen.