SHAH ALAM, 5 SEPT 2013: Rumit juga Murai Batu baca kes muka depan akhbar Harian Metro hari ini mengenai dramatis popular, Wan Nor Azlin yang dikatakan berseteru dengan bapanya pasal kes penjualan rumah.
Aktres popular era 90-an ini dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan ayahnya, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim, 76, yang mahu menjual rumah yang diduduki mereka di Taman Keramat. Akibatnya kedua beranak ini mula berseteru sehingga terpaksa turun naik mahkamah untuk kepentingan masing-masing.
Wan Mohd Hussin mahu menjual rumah tersebut dan mahu anaknya, Wan Nor Azlin keluar rumah itu untuk memudahkan proses jual beli.
Namun Wan Nor Azlin, 45, enggan berbuat demikian atas alasan dia ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak dirinya sendiri.
Sudahnya kedua-dua mereka mula menyaman satu sama lain sehingga menjadi isu besar di mahkamah. Dan hari ini Wan Nor Azlin telah memfailkan notis untuk memberi sebab kenapa bapanya itu tidak boleh dipenjarakan.
Amboi sampai kes nak penjara ni? Bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak namun Murai Batu rasa perkara ini tidak perlu menjadi kes mahkamah sebenarnya. Kedua-duanya sebenarnya perlu bertolak ansur kerana Murai Batu difahamkan, selepas kematian ibu Wan Nor Azlin yang merupakan isteri kepada Wan Mohd Hussin pada tahun 2008, bapanya itu sendiri yang mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersamanya.
Jadi Murai Batu rasa mereka sebenarnya amat bergantung kepada satu sama lain dan perlu bertolak ansur dalam hal-hal sebegini. Tapi itulah, kita hanya boleh memberi pendapat dan hanya mereka sekeluarga tahu keadaan sebenar.
Moga perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.
MuraiBatu: Bangun pagi tadi agak liat sebab cuaca sejuk akibat hujan. Sedapnya tarik selimut dan peluk bantal.
No comments:
Post a Comment