Monday, September 30, 2013

Aaron Aziz Meninggal dalam kemalangan main ski di Switzerland

Bila Abang Nara membaca keratan akhbar di bawah, terus tergelak dibuatnya. Nampak sangat nak menipunya. Bukan apa, Abang Nara tahu Aaron Aziz sekarang berada di Cape Town. Jadi tak logiklah pula untuk tiba-tiba Aaron Aziz mati dalam kemalangan main ski di Switzerland. Tak masuk akal langsung.
aaron aziz
Penyebar berita palsu ini sama ada gila attention atau sememangnya suka melihat orang lain mati. Nasihat Abang Nara, janganlah buat main-main benda berkaitan nyawa ini. Kang kalau kena kat diri sendiri, baru tahu betapa sedihnya. Apa pun, isteri Aaron Aziz telah pun membuat penafian berita ini menerusi Mstar Online:-
Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan. Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur,
aaron aziz
Buat anda yang tak tahu, Aaron Aziz kini sedang mengalami sakit sendi tengkuk. Jadi kita doakanlah agar Abang Long kita ini cepat-cepat sembuh. Kepada Aaron sekeluarga, bersabarlah dengan berita seumpama ini. Biasalah bila dah popular macam-macam cerita mengarut yang akan keluar. Tak gitu?

Guna ubat rangsang nafsu


PETALING JAYA - Sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sekitar Dataran Mentari diserbu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen sejak lima bulan lalu.

Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sebelum ini pihaknya mendapati premis berkenaan turut menyediakan pakej seks kepada pelanggan.

Menurut Fauzi, premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali dan tindakan sita juga dikenakan namun pemiliknya masih tidak serik.

"Operasi kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lapan wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan.

"Kesemua wanita berkenaan didapati menyalahgunakan pas lawatan pelajar. Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya bagi membolehkan siasatan lanjut,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai premis berkenaan, Fauzi berkata, tukang urut di situ juga didapati menggunakan produk khas untuk merangsang nafsu pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat seks.

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapati premis berkenaan aktif  menjalankan operasi perjudian siber.

Menurut Fauzi, penguatkuasa MBPJ juga turut menyita dua set komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian siber di dalam premis berkenaan.

Tambahnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta Undang-undang Pusat Kecantikan dan Kesihatan 2007 atas kesalahan yang dilakukan.

Illussion

Neelofa di Paris

Sumber : beautifulnara
Lama tidak mendengar perkembangan terkini bekas awek Abang Nara ini. Semenjak dua menjak ini nampak seperti menyepi. Baguslah begitu. Sekurang-kurangnya tiada kontroversi dan boleh fokuskan untuk meningkatkan prestasi. Terbaru, Neelofa telah pun terbang ke kota Paris untuk rakaman episod Nona.
neelofa paris
Memang jeles jugak Abang Nara dibuatnya melihat gambar Neelofa di Eiffel Tower. Satu hari nanti, pasti Abang Nara akan sampai jua ke sana dan buat pose sebijik macam Neelofa buat di atas. Hehehe. Apa pun, kalau dah ke Paris dan tak membeli belah, bukan namanya ke Paris la kan?
neelofa paris
Fuh ~~ Banyak sungguh yang dibeli oleh Neelofa. Sekali sekala terapi diri apa salahnya kan? Yang penting kita happy. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Paris dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sunday, September 29, 2013

OMG : Lelaki Ini Berjaya Kurangkan Beratnya Tetapi Ini Masalahnya (4 Gambar)


Lelaki Ini Berjaya Kurangkan Beratnya Tetapi Ini Masalahnya.

Jadi sekarang nak kurangkan berat pun kena fikir. 
ASBESTOS LAWYERS
ASBESTOS LAWYERS
 
ASBESTOS LAWYERS

Kejam! Apabila Guru Nursery Belasah Budak Sehingga Retak Tulang (Video)


Kejam! Apabila Guru Nursery Belasah Budak Sehingga Retak Tulang (Video) | Kebiasaannya, suami isteri yang tinggal di ibu kota pastinya akan bekerja bagi menampung kehidupan. Maka, tidak hairanlah jika anak mereka akan dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sementera sehingga lewat petang. Namun tidak semua pusat jagaan amanah terhadap tanggungjawab mereka. Terdapat satu video memaparkan tentang sikap seorang guru nursery apabila bertindak membelasah budak bawah jagaannya. Ekoran daripada kejadian itu, budak tersebut didapati mengalami retak tulang akibat pukulan itu. Anda boleh tonton video di atas ini.
dera2
SEORANG guru pusat jagaan kanak-kanak yang didakwa mendera seorang budak Melayu hingga tulang keringnya retak di Singapura diberkas polis semalam.
Guru sambilan wanita berusia 51 tahun itu bekerja di pusat jagaan kanak-kanak My First Skool di Blok 192 Toa Payoh Lorong 4.
Video kanak-kanak yang bakal menyambut ulang tahun ketiganya 30 Julai didera itu tersebar di Facebook dan cetuskan kemarahan ramai.
Video rakaman CCTV itu yang dimuat naik ibu bapa mangsa menunjukkan seorang wanita memakai tudung menarik tangan budak itu meskipun dia dilihat berjalan terincut-incut.
Sebelum itu, beliau dilihat mengheretnya ke satu sudut dan kelihatan seperti memaksa budak itu duduk serta menampar mukanya dalam kejadian Jumaat lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC First Campus, yang mengendalikan My First Skool,  Chan Tee Seng, meminta maaf atas kejadian itu.
Katanya, pihaknya akan menghulurkan segala bantuan diperlukan mangsa dan ibu bapanya, termasuk membiayai semua kos perubatan.
“Kelakuan guru itu tidak boleh diterima dan saya bersimpati pada budak itu dan ibu bapanya. Saya sendiri akan memastikan siasatan ini dapat diselesaikan dengan adil dan cepat,” katanya.
Pemangku Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Chan Chun Sing, berkata pemerintah memandang serius terhadap kes itu dan akan menyiasat dari segi latihan guru, penyeliaan dan pengurusan kejadian.
Hasil siasatan akan dikongsi dengan pengendali pusat jagaan kanak-kanak yang lain.
Ketua pegawai sumber manusia NTUC First Campus, Cik Geraldine Lee, berkata guru terbabit mempunyai kelayakan diploma dan menyertai My First Skool pada 2009 tetapi pihaknya tidak pernah menerima aduan berkenaan beliau.
Ibu bapa mangsa pula meminta anak mereka dipindahkan ke pusat jagaan kanak-kanak My First Skool yang lain.
Ketika dihubungi semalam, bapa mangsa berkata anaknya kerap menangis dan merengek semasa beliau hendak menyiapkannya ke pusat jagaan kanak-kanak itu setiap pagi sejak dua minggu selepas dia menyertai My First Skool di Toa Payoh pada Mac lalu.
“Mulanya saya tak sedar. Dia belum pandai cakap sangat dan saya ingatkan dia nak bersama saya di rumah.


“Sekarang baru saya tahu kenapa dia tak mahu ke sekolah… rupa-rupanya ada ‘raksasa’ di sana,” kata bapa mangsa, 33 tahun. (BH SINGAPORE)

Perkahwinan Mayat Dengan Mayat Di Cina

mayatkahwin
Di wilayah Hebei, penduduk tempatan percaya bahawa seorang lelaki yang meninggal dalamkeadaan belum berkahwin, tidak akan boleh masuk syurga.
Pekara inilah yang membuat pernikahan terjadi. Bagaimana dua mayat yang tidak lagi boleh bergerak dapat melangsungkan perkahwinan?
Seorang mayat Gadis yang sudah tua tersebut bernama Miss Wu. Miss Wu dijual keluarganya ke seseorang bernama Tuan Liu. Tuan Liu baru saja kehilangan saudara laki-laki yang belumberkahwin. Ia berfikir bahawa Miss Wu boleh menjadi pengantin wanita untuk saudaranyatersebut. Ia lalu membayar sekitar US20 ribu untuk mayat Wu dan membuat perkahwinandengan upacara yang dikenali dengan istilah Minghun. Dalam perarakan, kedua pengantin akandikuburkan bersama-sama.
Tidak lama, sebuah kejadian membuat kebahagian mereka hilang. Miss Wu dicuri olehseseorang yang lalu menjualnya ke sebuah keluarga dengan harga murah kerana keadaanMiss Wu yang sudah mulai membusuk. Keluarga itu lalu mengawinkan Miss Wu dengan orang lain. Namun setelah dilakukan penyelidikan, pencuri mayat itu tertangkap.
Fenomena Miss Wu bukan satu-satu perkahwinan mayat di China. Tradisi yang meyakiniseorang lelaki mati memerlukan isteri untuk masuk ke akhirat membuat kemunculan pasaranyang memperjual beli mayat pengantin. Para pembeli rela mengeluarkan wang lebih dari US7 ribu untuk membeli mayat pengantin itu.
Keuntungan yang lumayan besar itulah penyebab kerap belakunya kecurian di perkuburan, bahkan membunuh seseorang agar boleh dijual. Salah satu kes berlaku pada tahun 2006ketika seorang lelaki bernama Song membunuh 6 wanita lalu menjualnya sebagaipengantin.Mengikut rekod Polis mengatakan bahawa ia memilih untuk membunuh 6 wanitauntuk dijual kerana hal itu lebih mudah dibanding dengan diam-diam mencuri mayat wanita yang telah mati di perkuburan.

Kisah Mayat Berjalan Di Toradja, Indonesia

mayat-pulang
MAYAT BERJALAN DI INDONESIA Terdapat satu tempat di Indonesia di mana orang-orang tertentu boleh membuat mayat berjalan kaki sekali lagi selepas mereka mati. Kejadian yang berlaku di Kampung Toraja mempunyai ritual aneh dan amat mistik di mana penduduk kampung yang mati kononnya dibangkitkan sebagai zombie.
Mayat yang mati di tengah-tengah hutan akan berjalan sendiri ke rumahnya. Ini adalah sejenis amalan di Kg. Trodja (Indonesia). Kawasan di sekitar kampung dikatakan berbukit-bukau. Maka jika ada kematian, mayat akan berjalan sendiri pulang ke rumahnya tidak akan menyusahkan orang untuk mencarinya.
Penduduk kampung percaya bahawa orang yang mati hendaklah ditanam di tempat di mana mereka dilahirkan. Malangnya bagi orang-orang di bahagian ini diIndonesia, kampung-kampungnya adalah agak jauh daripada satu sama lain. Apabila orang mati jauh dari kampung mereka, mereka perlu dibangunkan supaya mereka boleh “berjalan” kembali ke tempat mereka lahir. Walau bagaimanapun, jika anda bercakap atau menegur yang mati secara langsung, mereka hanya akan rebah ke tanah dan tidak akan bergerak semula.

Sejarah Ringkas Mat Kilau Yang Mungkin Tidak Diketahui Umum

matkilau
SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU
Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang.
Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau. Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.
Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus.
Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata.
Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada
Allamah Haji Botok bin Osman, ulama Kelantan yang berpindah menjadi mufti Pahang pada zamannya.
Sekitar tahun 1890-an, tugas memungut cukai dan hasil tanah oleh pembesar negeri yang dilantik telah diambil alih E.A. Wise, wakil penjajah British. Rakyat Pahang marah dengan tindakan British itu lalu bangun memberontak termasuk para pembesar negeri antaranya Tok Gajah dan Dato’ Bahaman.
Mat Kilau, pahlawan muda berusia 27 tahun ketika itu muncul membantu perjuangan Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Pahlawan tiga serangkai ini menguatkan pasokan tentera menentang British. Mereka berperang dengan British di Lubuk Terua, Temerloh, Bentong, Jeram Ampai dan Kuala Tembeling.Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.
Dengan kemahiran selok belok ilmu hutan dan treking Mat Kilau menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini masih digunakan oleh pencari hasil hutan seperti damar dan kayu gaharu dikenali sebagai Laluan Mat Kilau atau Mat Kilau Trail. Pada 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dengan bantuan Mat Kilau bersama 100 orang pengikut mereka menawan semula Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas di bawah pimpinan Kolonel Walker. Sejak itu mereka terus diburu oleh British dan dilabel sebagai penderhaka.
Akhirnya mereka terpaksa berundur ke Kelantan. Pada 22 Oktober 1895 akhbar The Straits Times melaporkan, “Ketua Penderhaka, Dato’ Bahaman telah ditawan pemerintah Siam.” Akhbar The Free Press pula melaporkan, ”Mat Kilau telah melawan apabila ditahan. Akibatnya dia telah cedera parah di muka dan kepalanya. Dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu.”
Sebenarnya Mat Kilau tidak mati. Ini disahkan oleh kawan-kawannya iaitu Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lagi. Disebabkan Mat Kilau telah sedia dicop ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau menyembunyikan identiti dirinya serta berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
Akhirnya beliau bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun 1930, beliau menukar namanya beberapa kali dan akhirnya menggunakan nama Mat Siam. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, anak Mat Kilau yang bernama Omar Mat Kilau mengiring bapanya ke masjid Kampung Masjid, kampung kelahiran Mat Kilau, untuk solat Jumaat. Beliau yang memakai serban hitam dan gamis putih diusung dan dipayungi oleh sekumpulan pengikutnya. Selepas solat beliau membaca al-Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau dengan kad pengenalan no. 2044778 atas nama Mohamad bin Ibrahim.
Kerajaan negeri Pahang menubuhkan sebuah jawatan kuasa pada 8 Januari 1970 dan beberapa orang ditemuramah bagi mengesahkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya ialah Mat Kilau. Pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Empat hari kemudian pada 10 Ogos 1970 Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur ketika berusia 105 tahun.

Kurang Ajar, Jururawat Ini Dera Pesakit! (Video CCTV)

Sebuah Video pasal seorang pesakit nenek tua didera oleh jururawat Nightingale Nursing Home Singapura telah mengejutkan negara tersebut. Orang ramai bertanya-tanya kenapa jururawat ini dua daripada tiga mereka masih bekerja. Mereka sepatutnya dipecat serta-merta. Video ini dirakam oleh CCTV yang terletak tidak jauh dari katil pesakit ini.
Di dalam video tersebut, pesakit itu dibiarkan bogel di bawah kipas dan kelihatan jururawat tidak mengendahkannya yang menangis kesejukan. Selepas itu, dua orang jururawat mengangkat dan balingnya ke atas katil. Pesakit itu menangis kesakitnya dan kemudiannya ditampar oleh seorang jururawat. Apakah jururawat macam tu??? Kalau tak sabar macam tu tak perlu la kerja jadi jururawat..hihi
P/S : Maybe gaduh ngan pakwe kowt…lepas geram kat makcik yang sakit tuh =( sian pulak kat makcik tuh terpaksa menanggung =(

Kami bertemu kali pertama di sebuah restoran di Kota Damansara, selepas solat Tarawih

"Kami bertemu kali pertama di sebuah restoran di Kota Damansara, selepas solat Tarawih. Sejak pertemuan itu, saya terus terpaut kepadanya sehinggakan wajah Fiza sentiasa muncul dalam solat. Jadi, saya menganggap itulah petunjuk daripada Allah.” jelas Adam.

Psst: Cinta suci yang dikurniakan oleh Allah untuk mereka berdua. Semoga pasangan ini melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia dan penuh keberkatan Allah. Amin. 



syahid hijr bin adi tetap segar walaupun berusia 1400tahun.syria

Sunnah nabi yg dipromote gadis ini.... ma sya Allah... mcm x sbr plak nk lakukannya....

Thursday, September 26, 2013

Karate Referee Becomes The Winner

Burung Baca Surah Al Fatihah

NAMA RESTORAN PALING JAHAT DI SENAWANG NEGERI SEMBILAN

Ini memang nama restoran yang sangat power. Ianya terletak diSenawang.




Lari Dari Lokasi, Produser Kesal Sikap Fida Ibrahim



Fida Ibrahim
PETALING JAYA: Penerbit telefilem Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon Fida Ibrahim yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran drama tersebut di Baling, Kedah pada Ahad lalu.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya.
"Dia meninggalkan set pada hari terakhir penggambaran drama berkenaan kerana mendakwa terguris hati dengan skrip lakonan Syed Nahar Syed Mokhtar yang didakwa menyindirnya.
"Saya tidak faham dengan sikap dia kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Telefilem Kampungku dan Aidiladha itu diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.
Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.
Jelas Hazmimi, Fida sepatutnya tidak merungut apabila penggambaran hampir selesai sedangkan skrip berkenaan sudah diberi lebih awal untuk dibaca dan dibuat kajian.
Pelakon Kampungku dan Aidiladha dari kiri; Syafiq Kyle, Zalif Sidek, Shuhaimi Lua (pengarah), Ameera Rusly, Razak Ahmad dan Aidil Aziz.
Malah katanya, bukan sahaja skrip tetapi pelakon tersebut turut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa.
Dia juga seharusnya sedar, lokasi penggambaran itu diadakan di kawasan pinggir bandar yang tidak mungkin mempunyai hotel bertaraf lima bintang.
"Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu.
"Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain," kata Hazmimi.
Malah ujarnya, Fida juga sebenarnya sudah bercadang meninggalkan set pada hari sebelumnya tetapi setelah dipujuk oleh krew produksi dia membatalkan hasrat tersebut.
Dalam perkembangan sama, Hazmimi turut berasa pelik apabila Fida merungut tidak boleh bekerja dengan Shuhaimi Lua yang disifatkan sebagai pengarah baharu serta kurang berpengalaman.
"Sebagai pelakon, dia tiada hak untuk mempersoalkan kelayakan seseorang pengarah kerana pemilihan itu dilakukan oleh panel terlibat iaitu pihak TV3.
“Malah Fida juga harus berterima kasih kerana pada mulanya TV3 telah melarang saya dan Shuhami mengambilnya berlakon kerana bimbang akan timbul masalah tetapi kami berusaha meyakinkan pihak berkenaan,” katanya.
Dalam pada itu Shuhaimi Lua berkata dia tidak berasa hati apabila wanita itu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuannya sebagai pengarah.
Namun Shuhaimi berpendapat Fida antara artis yang tidak mengikuti perkembangan dunia seni tanah air apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Saya tidak kisah pun dia tidak kenal saya. Tetapi sebelum berlakon dalam karya arahan saya, dia sepatutnya mengkaji dulu siapakah saya dan drama-drama yang pernah saya arahkan.
“Bukan susah pun, ‘Google’ saja nama saya di Internet, bertimbun-timbun cerita saya yang dia boleh rujuk,” katanya.
Sementara itu usaha mStar Online untuk bercakap dengan Fida gagal apabila tidak diizinkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Mitho.
Bagaimanapun Mitho berkata, perkara berkenaan telah dibawa kepada peguam mereka untuk tindakan lanjut.

Isteri Mat Yo Mohon Maaf - Parody

Pelajar Politeknik Buat Pengakuan Terpaksa Meliwat Pondan!!!





Nampaknya benda ni makin ‘viral’ dalam internet.
Dalam blog lamanizzs.blogspot.com terdapat satu salinan laporan polis yang dibuat seorang penuntut politeknik mengenai seorang tindakan seorang pondan yang mengugutnya dengan penukul besi, sekiranya pelajar tersebut enggan meliwatnya, wah!
Kekadang dalam zaman yang canggih ni, benda seperti report polis ni mungkin juga sengaja direka-reka atau diedit.
Tetapi pada masa yang sama, perbuatan begini juga bukan sesuatu yang mustahil..maklumlah dalam era akhir zaman ini banyak yang pelik-pelik muncul.
Kalau betullah benda ini berlaku, kesian pula kat pelajar ini kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu pondan yang sungguh ‘brutal’ ini.
Lagi ‘perit’, pondan tersebut mengambil gambar kemaluan pelajar berkenaan, memaksanya untuk terus memuaskan nafsunya sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau diugut untuk disantau, iskh!
Mohon siasatlah benda-benda macam tu, apa nak jadilahhhhhhh……

Wednesday, September 25, 2013

Spider Boy bawak basikal naik atas peti ais!!!

Jgn tonton kalau mengandung atau dibawah 21+ Scary Accident!!! Please be careful when driving!!!

Gambar Adik Perempuan Nabila Huda Yang Comel Dan Cantik (11 gambar)



Siapa menyangka pelakon wanita popular, Nabila Huda mempunyai seorang adik perempuan yang cantik dan amat menawan. Nama si gadis cantik ini ialah Shasha atau nama sebenarnya Irisha Myra Suhaimi, kini berumur 16 tahun.

 Dfahamkan, dia tinggal bersama ibunya di Houstan, Texas dan hanya tiga kali bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Shasha masih kecil, hanya berusia 3 tahun.

 Untuk pengetahuan, walaupun Shasha dan Nabila Huda dianggap adik-beradik sah namun mereka lahir dari ibu yang berlainan. Nama ibu Nabila ialah isteri pertama Amy Search iaitu Faridah Fadzil, manakala ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga kepada penyanyi rock itu.












Lagu Supporter Mat Yo

Aku yakin Mat Yu tak salah. Kami akan selalu ada di sini, kami ada di sini untuk mu...Aku yakin Mat Yo..aku yakin mat yu tak salah..kami sentiasa bersama mu...oh mat puyu...puiiiiii

Monday, September 23, 2013

Penjenayah yang menghentak batu dan membunuh polis

Seorang anggota polis maut dihentak dengan batu oleh penjenayah yang cuba melarikan diri dalam Operasi Cantas Khas di Melaka jam 9.30 pagi semlm.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis pada mulanya menahan sebuah kereta dinaiki tiga
 lelaki dipercayai ahli kongsi gelap. 

Menurutnya, dua daripada mereka berjaya ditahan sementara seorang berjaya melarikan diri dan seorang anggota yang mengejar suspek dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia.


CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH



March 26, 2011 at 11:49am

1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan~
Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik~
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)
note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)

Najis Bayi Diperam Seminggu Dan Dijadikan Arak Yang Paling SEDAP


Masyarakat Korea dahulu kala percaya sejenis arak, Ttongsul yang diperbuat daripada najis kanak-kanak adalah baik untuk kesihatan.

Menurut seorang doktor perubatan tradisional di sana, Dr Lee Chang Soo, arak jenis ini adalah amat bagus untuk memulihkan tulang patah dan juga memberikan kesegaran tubuh badan.

Najis yang digunakan pula bukanlah sebarangan kerana najis kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun dikatakan tidak tercemar daripada najis orang dewasa.

Kemudiannya, najis itu akan dicampurkan dengan arak dan dicampurkan dengan nasi serta pulut sebelum diperam selama seminggu untuk menghasilkan wain najis manusia itu.

Kebanyakan generasi muda di Korea tidak pernah mendengar mengenai wain itu dan mereka berpendapat tidak akan sesekali minuman menjijikkan itu.