Sunday, July 14, 2013

TERKINI : VIDEO PERMOHONAN MAAF ALVIN DAN VIVIAN – ISU AJAK MAKAN BAK KUT TEH

SUMBER : Illustrasiku
VIDEO ALVIN DAN VIVIAN MINTA MAAF MENGENAI ISU KELAKAR SUP KHINZIR | Seperti yang dijangka, pasangan Alvin dan Vivian akhirnya muncul dengan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam atas tindakan biadap mereka menghina penganut agama itu. 

Sebenarnya umat Islam di negara ini semakin hari semakin dicabar dengan kelakuan biadap orang seperti Alvin dan Vivian.

Kalau dulu kepala dan bangkai khinzir dibaling sesuka hati ke pagar dan perkarangan masjid, kini medium sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya digunakan untuk mencabar kesabaran penganut Islam.

Betul, umat Islam diajar untuk bersabar dan menerima kemaafan tetapi tindakan seperti ini nampaknya seperti sengaja diadakan untuk tujuan yang hanya si pelakunya sendiri tahu.

Adalah sungguh menghairankan, bagaimana manusia terpelajar seperti Alvin dan Vivian tidak dapat menangkap perasaan umat Islam bila melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti itu!

Apakah perasaan mereka sekiranya agama mereka diperlakukan dengan perkara yang sama?

Dan kini dengan mudah mereka merakamkan permohonan maaf dengan alasan mereka cuma berjenaka..HANYA JENAKA??
Yang pasti, kita jangan terbawa-bawa dengan kebodohan dan kebiadapan manusia seperti ini.

Biar undang-undang yang mengadili mereka. Tetapi pada masa yang sama kita sendiri tidak tahu sejauh mana kita mampu bertahan dengan kebiadapan yang macam tiada berkesudahan itu.

Diharap pihak berkuasa terus memantau dan tidak dilihat ‘lembik’ dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Kita bimbang, sekiranya pihak berkuasa dilihat ‘perlahan’, ada pula nanti pihak yang terlebih ‘laju’ mengambil tindakan.

Tepuk dada tanya selera!

TONTON VIDEO ALVIN DAN VIVIAN MINTA MAAF MENGENAI ISU BUAT KELAKAR AJAK MAKAN BAK KUT TEH DI BAWAH.

No comments:

Post a Comment