Sunday, July 28, 2013

TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR SRK SERI PRISTANA



Adakah pemilik akaun  Facebook Melayu  menggunakan perkataan 'BERMAKAN'?  Perkataan itu 
 tidak disenaraikan dalam kamus bahasa Melayu.

Baca pula antara komen biadab dicatatkan oleh  2  pelayar  laman Facebook itu. 


Komen di bawah tidak difahami. 


Klik dan LIKE  di sini untuk melihat  akaun Facebook  penyokong Guru Besar SRK Seri 
Pristana.



Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor dan 
berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil 
temu bual saya melalui panggilan telefon  bersama 
Mohamad Nasir pada jam 10 malam tadi. 


1. Beliau TIDAK diarahkan bercuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau
 Kementerian Pendidikan Malaysia.  Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan
diluluskan oleh  Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah
diterimanya.

2. Tindakan membuka ruang makan alternatif di bilik persalinan telah diusulkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama  dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai
digunakan.

"Kantin  sekolah berupaya menampung kira-kira 150 pelajar,  selebih mereka berehat
pada satu sesi terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan laluan. Pada waktu
tengahari sinaran matahari terik memancar dan sebahagian daripada ruang  kantin
menajdi panas. Pelajar terpaksa makan dan minum  dalam keadaan amat  tidak selesa," ujar ayah kepada 6 anak itu.

3. "Apakah bentuk pengubahsuaian dilakukan di kantin  dan mengapakah kantin ditutup
untuk kegunaan pelajar?," soal saya.

"Dua laluan ke bilik guru dengan 3 daun pintu kayu digantikan dengan pintu  kaca.
Sehari selepas kontraktor membuat kerja pengubahsuaian, saya dapati pintu kaca
belum sempat dipasang diletakkan di ruang kantin. Pada masa sama, saya menemui
kesan tapak kaki pelajar di kawasan sekitar. Saya berasa bimbang,  jika pelajar tercedera
dan pihak sekolah kemudian memasang tali penghadang berwarna merah dan putih buat
sementara waktu,"  jelas Mohamad Nasir lagi. 

4. Guru Besar lulusan Maktab Temenggung Ibrahim, Johor Bahru itu berkata ...

"Saya kecewa kerana ramai individu melontarkan komen dan menjatuhkan hukuman
terhadap saya  TANPA  usul periksa. Mereka juga tidak pernah hadir di SRK Sri Pristana.
Sebilangan orang awam bertanya, mengapakah pelajar tidak  dibenarkan makan di
dalam kelas? Peraturan standard sekolah melarang pelajar berada di dalam kelas
untuk mengelakkan kes kecurian barang berlaku. Pembinaan kanopi pula membabitkan
kos tinggi. Sebuah kanopi bersaiz  20x20 kaki dianggarkan berharga lebih 
RM2,000," kata beliau lagi.



Klik di sini untuk membaca pandangan bekas Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana
mengenai Mohamad Nasir.

Sumber :  BERSAMA MAZIDUL

No comments:

Post a Comment