Monday, July 15, 2013

Fara Fauzana Insuranskan Suara

Sumber : Ohartis.com
ohartis-fara-fauzana-insuranskan-suara-2
Jarang sekali kita dengar orang mengambil insurans untuk suara. Melainkan suara seseorang individu itu terdapat nilai eksklusif seperti seorang penyanyi, penyampai radio dan lain-lain. Suara serak basah Fara Fauzana sudah tidak asing lagi dan sering kita dengar melalui corong radio dan kaca TV.
Walaupun bukanlah seorang penyanyi, Fara menyifatkan suaranya sangat penting kerana dari situlah sumber rezeki kehidupannya datang, justeru itu Fara mengambil langkah untuk menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu berlalu pada suaranya kelak.
“Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya.
“Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis.
“Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau,” jelas Fara.
Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula.
OHARTIS: MEMANG PATUT RASANYA FARA AMBIL INSURANS UNTUK SUARANYA. SUARA MAHAL TU.

No comments:

Post a Comment