Kredit to Beautifulnara.com
Alhamdulillah, gembira melihat kegembiraan Fouziah Gous menyambut Ramadhan bersama tunangnya.
Bagus betul kerana pasangan sama padan sama cantik ini pergi menunaikan terawih bersama-sama. Selain itu, tunang Fouziah juga turut mengajarnya mengaji. Kata Fouziah Gous menerusi Instagramnya:-
Syukur alhamdulilah dapat tunaikan terawih yg pertama bersama en tunang dan terima kasih mengajar mengaji @zhafyusof. I’m so lucky to hav u. Alhamdulilah.Alhamdulilah hari ni solat dengan telekong baru yg sangat cantik from mama (#bakalmakmertua) sempena bulan ramadhan n thanks my mr tunang @zhafyusof for d lovely n colourful daisies.
Memang comel sungguh Fouziah Gous bertelekung kan? Tambah menarik, selepas berterawih, Fouziah dan tunangnya telah berbasikal sejauh 6 kilometer. Ini satu aktiviti riadah yang sangat bagus. Cuma jangan buat sampai penat sangat sudah lah. Kang tak bangun sahur pulak.
Marilah kita sama-sama doakan agar Fouziah dan Zhaf dipermudahkan untuk menjadi suami isteri. Pasti lebih seronok dan lebih banyak pahala mengerjakan ibadah bersama-sama di bulan Ramadhan di bawah ikatan yang sah. Sama-samalah kita doakan.
No comments:
Post a Comment