Kadang-kadang Abang Nara tertanya-tanya jugak. Apakah kelebihan Shah Jaszle sehingga ramai benar awek-awek yang terpikat padanya. Salah seorang daripada mereka ialah Maria Farida. Menariknya, si “hot mama” ini memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku terhadap Shah Jaszle.
Kata Maria Farida kepada MalaysianDigest:-
Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia (Shah Jaszle) yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around. Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar
Mungkin juga hubungan Shah Jaszle dan Maria Farida putus di tengah jalan kerana “kantoi” dengan wanita lain. Maria Farida turut meluahkan rasa kasihannya kepada tunang Shah Jaszle iaitu Redzwani Puteri. Kata Maria Farida lagi:-
Kasihan lah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu
Abang Nara pun sebenarnya kasihankan Redzwani Puteri. Namun nak buat macam mana. Cinta itu memang boleh membutakan. Semoga kes khalwat Shah Jaszle akan dibicara segera dan kebenaran akan terbukti. Sama-samalah kita nantikan.
Sumber : Beautifulnara
No comments:
Post a Comment