Selaku bekas suami kepada Abby Abadi, Abang Nara yakin Norman sudah memahami perangai dan tindak tanduk bekas isterinya itu. Jadi apabila Abby mengumumkan perkahwinannya dengan lelaki berusia 24 tahun, Norman tidak terkejut langsung. Malah berita tersebut diterima dengan baik olehnya.
Kata Norman kepada Mstar Online:-
Sebenarnya saya dan isteri (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan kami seperti dapat mengagak jalinan perhubungan mereka yang nampak mesraTetapi Abby tak cakap apa-apa pun. Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik
Untuk anda yang tidak tahu, Abby kini berusia 36 tahun. Perbezaan usia antara Abby dan suaminya ialah 12 tahun. Norman Hakim turut sama melahirkan rasa leganya kerana Abby kini telah pun mempunyai seorang suami di sisi selepas 5 tahun hidup sendirian.
Saya berasa lega dan syukur akhirnya Abby memiliki seorang suami selepas lima tahun sendirian bersama anak-anak. Ini semua hidayah Allah. Cuma saya harap Farhan dapat membimbing anak-anak ke jalan yang lebih baik. Moga mereka dapat membesarkan lagi keluarga inigi keluarga ini
Sama-samalah kita doakan agar Abby dapat mengecapi kebahagiaan yang dicari selama ini bersama suaminya. Mana tahu tidak lama lagi Abby akan berkongsi berita gembira kehadiran orang ketiga. Siapa tahu kan? Apa pun, tahniah sekali lagi kepada Abby atas perkahwinan anda.
No comments:
Post a Comment