Monday, July 22, 2013

Empat gadis Islam tolak fatwa, nekad Tanding ratu cantik

Gambar hiasan
Empat gadis Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatal penyertaan mereka berkeras untuk terus bertanding merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.
Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik tetapi saya dimaklumkan penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian.



Saya terharu melihat penganjur berusaha mempertahan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu (???)  dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.Sementara seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

WAFA & AMELIA
“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.
Penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.
Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik. – 23 Julai, 2013.

- SUmber : Malaysia Insider

ANY COMMENT?

No comments:

Post a Comment