Friday, July 12, 2013

Nely dan Qi

Amboi, romantiknya pasangan bercinta ini. Hehehe. Baru sahaja pengakuan cinta dilakukan oleh si jejaka (Qi Razali), si gadis (Nelydia Senrose) mengakui yang dia rasa gembira dan dihargai dengan pengakuan cinta tersebut. Romantik gila kan?
nelydia
Kata Nelydia kepada portal GUA:-
Saya dapat tahu Qi buat kenyataan kepada pihak media dengan sendiri. Dia tak beritahu saya pun tentang ini. Bagaimanapun, saya tidak marah dengan dia. Sebaliknya, saya rasa dihargai dan gembira. Memanglah, kalau boleh saya tidak mahu kisah kami berdua digembar-gemburkan, tetapi Qi sudah pun buat pengakuan.
Biarlah pihak lelaki sahaja yang membuka mulut. Saya hanya boleh katakan perhubungan kami kini dalam fasa yang baru. Sebelum ini kami hanya rapat sebagai kawan. Saya dan Qi belum ada kepastian kerana jodoh pertemuan ini ditentukan oleh Allah, jadi tak perlulah hendak gembar-gemburkan sangat perkara ini,
nelydiaMemang jiwang karat jugak si Nelydia ini. Namun masih ada nilai gadis Melayu kerana malu-malu untuk membuat pengakuan cinta. Nasib baik Qi memang gentleman. Memang jantan. Apa pun, Nelydia tidak menolak berkahwin awal pada usia 19 tahun sekiranya ditakdirkan sebegitu. Kata Nelydia:-
Qi memang ada berbincang dengan saya tentang perkahwinan. Saya faham dengan situasi Qi kerana dia bukannya muda lagi. Dengan usianya sekarang ini (35 tahun), memanglah dia sudah berfikir tentang kahwin. Saya baru berusia 19 tahun dan masih belum menamatkan pelajaran. Kalau sudah tertulis saya akan berkahwin awal, saya akan kahwin awal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Kalau memang saya ditakdirkan menjadi isteri dia, saya pasti akan berkahwin dengan dia juga
Kalau Abang Nara jadi Qi Razali, esok jugak Abang Nara masuk meminang. Awek secun Nelydia ini tidak boleh dilepaskan. Kena jadikan isteri secepat mungkin. Lagipun Nelydia macam dan redha je kalau kahwin muda. Baik cepat sebelum dia berubah fikiran. Hehehe.

Sumber : Beautifulnara

No comments:

Post a Comment