Sunday, July 21, 2013

Muslim dan Wan Sakinah

ohartis-gambar-penikahan-ashraf-muslim-wan-sakinah
Isu penikahan kali kedua pelakon Ashraf Muslim masih lagi hangat diperkatakan. Semua individu yang terlibat iaitu Ashraf Muslim, Nor Dayana dan Wan Sakinah masing-masing mengambil langkah berdiam diri.
Namun, kini terbongkar sudah sekeping gambar yang dapat menceritakan segalanya. Gambar penikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang didakwa berlangsung di Thailand pada 7 Julai lalu.
Menerusi gambar tersebut, pasangan pengantin kelihatan segak dan anggun dengan busana pengantin yang berwarna coklat malah di jari Wan Sakinah juga terukir inai yang indah. Di dalam gambar itu menunjukkan Ashraf sedang menyarungkan cincin kepada isteri barunya dan ternyata mereka kelihatan cukup bahagia dengan penikahan itu.
OHARTIS: KAMI DOAKAN MEREKA BAHAGIA HINGGA SELAMANYA. DAN JAGALAH HATI ISTERI TUA MU WAHAI ASHRAF MUSLIM.

No comments:

Post a Comment