Perogol bersiri: Wajah hodoh dan dipermainkan teman wanita
BANGKOK: Seorang lelaki disyaki perogol bersiri yang mengekori dan mengganggu wanita di perhentian bas, ditahan polis di rumahnya di daerah Bang Khun Thian di sini, semalam.
Menurut polis, suspek, Keng Ninju, 28 tahun, mengaku merogol beberapa wanita kerana dia marah kerana tidak memiliki wajah menarik dan pernah ditipu oleh wanita sebelum ini.
Katanya, dia mahu membalas dendam.
Keng mengaku merogol sekurang-kurangnya 10 wanita dan melakukan gangguan seksual terhadap beberapa wanita lagi, kata polis.
Menurut polis, suspek mensasarkan wanita yang berdiri di perhentian bas pada waktu malam.
Dia akan memilih mangsanya kemudian mengekori mereka untuk memastikan mangsa tiba di tempat yang sama setiap hari.
Menurut polis, suspek mensasarkan wanita yang berdiri di perhentian bas pada waktu malam.
Dia akan memilih mangsanya kemudian mengekori mereka untuk memastikan mangsa tiba di tempat yang sama setiap hari.
Selepas itu, suspek akan bertindak.
Dia akan berpura-pura menjadi teman lelaki mangsa, kemudian sengaja menarik perhatian orang ramai dengan seolah-olah mereka bergaduh kerana suatu perkara.
Pada masa yang sama, dia akan mendekati mangsanya sambil menghunuskan pisau ke arah mangsa untuk memastikan mangsa ketakutan dan tidak akan cuba meminta tolong, kata polis.
Polis berkata, mereka berjaya menahan suspek kerana dia meninggalkan nombor telefonnya kepada seorang daripada mangsanya, dengan harapan mahu meneruskan hubungan cinta.
Mangsa terus menghubungi polis.
Polis kemudiannya memasang perangkap.
Seorang anggota polis wanita ditugaskan untuk berlagak sebagai mangsa, kemudian mengajak suspek keluar untuk temu janji.
Suspek tiba di tempat yang dijanjikan tetapi enggan keluar dari keretanya.
Polis yang menunggu, mengekori suspek pulang ke rumah dan terus menahannya.
Polis berkata, mereka menghubungi semua mangsa dan meminta mereka untuk mengecam suspek, semalam. – Bangkok Post
No comments:
Post a Comment