Sunday, June 16, 2013

Blokbuster kerrr ?

Sumber OhArtis.com
ohartis-anugerah-blockbuster-2
Anugerah Blockbuster kali ke-2 baru sahaja berlangsung malam tadi. Kali ini, anugerah ini berlangsung di Stadium Tertutup MBJB, Johor pada jam 9:00 malam. Anugerah ini tiada bezanya dengan anugerah lain seperti Anugerah Skrin di mana tujuan mereka hanya satu, untuk memberi penghargaan kepada insan-insan seni yang berjuang selama ini di dalam bidang lakonan di Malaysia. Sebanyak 16 kategori termasuk 3 anugerah khas dipertandingkan.
Berikut adalah Keputusan Penuh Dan Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2 (2013):
Anugerah Filem Terhebat – HANTU KAPCAI
Anugerah ini mendatangkan pelbagai pandangan WTF dari orang ramai. Sudah pupuskah filem-filem yang lebih baik, berkualiti dan membina untuk dijadikan pemenang Anugerah Filem TERHEBAT?
ohartis-anugerah-blockbuster-2-syamsul-yusofAnugerah Tuan Direktor Terhebat – SYAMSUL YUSOF
Sememangnya tepat dan tak dapat disangkal lagi. Syamsul Yusof merupakan pengarah muda yang amat menyinar. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi bukan?
ohartis-anugerah-blockbuster-2-adik-manja-returnsAnugerah Direktor Baru Terhebat – DHARMA HARUN ALRASHID
Dhrma seorang pelakon yang hebat ketika di zaman mudanya dulu. Tapi dinobatkan sebagai pengarah baru TERHEBAT melaui filem Adik Manja Returns tu agak… errr.. er… meh.
ohartis-anugerah-blockbuster-2-hantu-kapcaiAnugerah Filem Aksi Terhebat – HANTU KAPCAI
Aksi dalam filem ni boleh tahan tapi bukanlah yang TERHEBAT tentunya.
Anugerah Filem Kelakar Terhebat – HANTU KAPCAI
Kelakar memang kelakar filem ni tapi dinobatkan sebagai Filem Kelakar Terhebat, duhhh! Serius?
Anugerah Filem Takut Terhebat – SUMPAHAN KUM-KUM
Ok la filem ni boleh tahan seramnya pun!
Anugerah Filem Drama Muzikal Terhebat – AKU ADA, KAU ADA???
Filem yang dibintangi Shaheizy Sam dan Yana Samsudin dan berlokasikan di Korea. Menarik filem ini dan layak dinobatkan sebagai Filem Drama Muzikal Terhebat. Kau ada?
ohartis-anugerah-blockbuster-2-zizanAnugerah Hero Terhebat – ZIZAN RAZAK
Zizan pada kami kalau jadi hero, selalunya agak kurang. Tapi kalau jadi watak sampingan, dialah yang paling menyerlah dalam filem tu. Contohnya KL Gangster. Tapi ok lah Zizan pun tengah meletup dan digilai ramai ketika ini. Anugerah ini dimenanginya untuk hero filem Hantu Kapcai.
ohartis-anugerah-blockbuster-yana-samsuddin-1
Anugerah Heroin Terhebat – YANA SAMSUDIN
Yana Samsudin pada kami sememangnya seorang pelakon yang hebat dan layak memenangi anugerah ini. Tapi kami nak sangat tengok Yana berlakon filem yang lebih mencabar untuk dia bawa. Macam filem 3 Temujanji yang membuatkan dia menang ni, rasanya tak mencabar langsung.
ohartis-anugerah-blockbuster-2-sofi-jikanAnugerah Watak Penjahat Terhebat – SOFI JIKAN
Sofi Jikan ni dah lama OhArtis perasan seorang pelakon yang hebat dan verstail. Tapi agak lama juga dia dan bakatnya dipandang sepi. Moga bila dah menang anugerah Watak Penjahat Terhebat untuk filem Jalan Kembali Bohsia 2 ini, dapatlah melonjakkan lagi nama dan bakat yang ada.
Anugerah Lagu Tema Terhebat – BEGINILAH CARANYA
Lagu tema nyanyian Sam dan Yana. Ok lagu ni memang meletup suatu ketika dulu dan tiada masalah jika nak dinobatkan sebagai Lagu Tema Terhebat kalau dah tiada lagu tema lain yang lebih hebat.
ohartis-anugerah-blockbuster-2-izzue-islamAnugerah Hero Baru Terhebat – IZZUE ISLAM
Memulakan karier sebagai salah seorang penyanyi kumpulan Forteen dan baru berkahwin baru-baru ini, mungkin ini merupakan rezeki buat Izzue Islam dan isteri. Pelakon yang berbakat tanpa disedari setelah diperkenalkan dalam 3D pertama Malaysia, 29 Februari. Keep it up Izzue!
ohartis-anugerah-blockbuster-neelofa-2
Anugerah Heroin Baru Terhebat – NEELOFA
Hurmm. Hurm.. Hurmmm….
Anugerah Astro First Terhebat – OMBAK RINDU
Mana tak terhebatnya box office di panggung wayang membawa ke Astro First. Layaklah sangat.
ohartis-anugerah-blockbuster-2-david-teoAnugerah Khas PFM – MEJAR (K) DAVID TEO
Biarpun sejak dua menjak ini agak kurang syarikatnya (MIG) mengeluarkan filem yang lebih bermutu, tetapi Anugerah Khas ini sangat layak diserahkan kepadanya atas hasil usaha dan sumbangan beliau selama ini dalam memartabatkan filem tempatan. Teruskan Mejar David Teo dan tolonglah hasilkan filem-filem yang lebih berkualiti dan bukan sekadar mengaut keuntungan sahaja. Tapi masa David Teo menang dan nak berucap malam tadi, apehal tak sempat dia berucap dah potong? Anugerah Khas kan? Kasi la masa lebih sikit.
Anugerah Gempak WeChat – STACY
Anugerah penaja. Wutever lah.
Pada kami, rata-rata pemenang bukanlah tidak layak, tapi ada lagi yang lebih layak. Kelihatan ramai yang menang hanya based on popularity kalau dah mengikut undian orang ramai melalui SMS kan? Apapun anugerah pun dah lepas dan kepada semua insan seni, teruskan sumbangan anda dalam menghiburkan masyarakat. Berhibur pun berhibur juga, tapi ikutilah setiap batasnya ya?
Apapun Didie Alias paling mengundang makian orang malam tadi. Tapi yang pasti dia tak pernah heran dan terus menjadi diri sendiri. Anda boleh baca WTF orang ramai di Facebookmalam tadi.
1013509_10152061242814572_1036826844_n
OHARTIS: MOHON BUAT ANUGERAH BLOG HIBURAN PALING CELUPAR DAN BIADAP. LOL

No comments:

Post a Comment