Episod lalu program Masterchef Selebriti Musim ke-2 menyaksikan salah seorang peserta melangkah keluar meninggalkan program iaitu Michael Ang. Pada yang menyaksikan rancangan ini pasti dapat melihat adegan penuh tangisan Rozita Che Wan atas penyinkiran sahabat baiknya itu.
Rozita Che Wan meminta dengan juri agar dia turut dikeluar dari program realiti itu namun tidak dibenarkan oleh pihak Astro. Rozita mengakui agak tertekan dengan kritikan penonton program Masterchef apabila dia melihat pelbagai komen kritikan yang dilemparkan terhadapnya di Fanpage Masterchef Selebiti.
“Saya menyertai Masterchef bukan target untuk berada top 5 atau nak menang. Saya tak kisah bila saya akan disingkirkan, saya hanya buat yang terbaik. Tapi bila saya lihat komen peminat rancangan Masterchef yang mengutuk kebolehan saya, saya rasa sedih dan tercabar.“Kekuatan saya dalam Masterchef adalah Micheal Ang tapi bila dia tersingkir saya rasa nak ikut dia tersingkir sekali kerana sudah tidak tahan dan cukup stress berada dalam program Masterchef. Tapi pihak Astro tidak membenarkan saya keluar sebab itu saya menangis.” Ujar Che Ta.
Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menafikan dakwaan bahawa tangisan itu sebagai lakonan untuk meraih simpati penonton. Che Ta juga mengakui bahawa dia sudah serik untuk menyertai sebarang program realiti TV.
“Ramai yang cakap saya hanya berlakon menangis dan hanya cuba menarik perhatian penonton. Secara jujur saya sebenarnya sudah serik untuk menyertai mana-mana program realiti. Saya hanya menjadi diri saya, saya cuma luahkan apa sahaja yang saya tak suka. Memang bersesuaian dengan tagline program Masterchef itu sendiri, bila dapur panas, watak jadi jelas.” Jelas Che Ta lagi.
OHARTIS: KADANG-KADANG KESIAN JUGAK PADA CHE TA, SELALU KENA KUTUK, KENA HENTAM. APA-APAPUN GOODLUCK PADA CHE TA DALAM PROGRAM MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM KEDUA.
Sumber : Ohartis
No comments:
Post a Comment