Monday, June 24, 2013

Beego digelar lelaki dayus?

ohartis-beego-linda-hashim-seksi
Beego dan Linda Hashim baru sahaja diijabkabulkan 8 jun yang lalu dan berbulan madu di Bali, Indonesia. Niat untuk berkongsi kegembiraan mereka akhirnya menjadi satu isu yang membengkak apabila Linda sendiri memuat-naik gambar yang tidak disenangi peminat ke laman Instagram miliknya. Apa gambar yang membuatkan peminat tidak senang tengok tu?
Gambar tersebut memperlihatkan Linda dan Beego sedang beristirehat di atad kerusi sambil menikmati Coca-Cola. Tiada apa yang menjadi masalah pada gambar tersebut melainkan cara Linda posing di dalam gambar yang dikatakan sangat seksi dan mengundang kemarahan peminat.
ohartis-beego-linda-hashim-seksi-1
Ada peminat yang secara terus menggelarkan Beego sebagai suami yang dayus.
“untungla dah jadi isteri pun masih boleh pakai singkat2.. suami dayus ke beego?” – @sheqin765
“Suami pn xlarang isteri berpakaian mcm tu ermmmmmm” – rozahan77
Respon begini tidak berkesudahan di situ sahaja apabila peminat Linda yang lain tampil mencelah.
“Untunglah jd @sheqin765 nih, syurga neraka di tangan dia gituw nk hukum org dayus. Bagusla kan” – nurul_emm3
“Dia dah kawen suka hati dia la nak pakai apa…rasanya xde keterlaluan kot…segalanya atas bahu suaminya…so siapa kita nak kata hak org lain…ini mood dia berhoneymoon…sukaati dia la..chill ! Bkn kata menyokong ke apa…tp pikir kita sendiri kalau org tegur kita apa kita rasa sedangkan masa tu kita nak sesuatu yg peeling2 sweet romantik saat bahagia…utk husband…apa anda rasa!!!!…ada akal pakai naaaa…asal xketerlaluan ok je” – datinlangsi
Apapun setakat ini Linda mahupun Beego tidak memberikan sebarang respon balas ke atas herdikan tersebut.
Sumber : Ohartis.com

No comments:

Post a Comment