Friday, June 14, 2013

Hot

J Sze adalah bukan Islam. Tapi beliau mengakui tertarik dengan islam dan sudah berpuasa selama 8 hari.
J Sze gadis cina puasa hikmah

Beliau sendiri berupaya menerangkan beberapa hikmah puasa. Dan yang lebih peliknya, beliau menyebut ‘Alhamdulillah’ dalam video ini?? Adakah hatinya semakin terbuka untuk memeluk islam?

J SZE adalah gadis cina, 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah2nya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. J Sze adalah protege Ikon Remaja Islam Loo Jo Yee. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium).

J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkena spt dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf etc dan di sana beliau menakjubkan ramai bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur’an. Untuk jemput J Sze memberi ceramah, sila hubungi fb public fiqure XIFU NASER (caption video)

Sama-sama kita doakan agar beliau menjadi seorang muslimah. InsyaAllah… 




Kalau orang bukan Islam pun mampu ambil hikmah puasa, kenapa tak kita yang Islam ni tak boleh..

Sumber : fitrihadi.com

No comments:

Post a Comment