Friday, June 14, 2013

Macam-macam

Remaja Anjur Pesta Khalwat Di Rumah Sendiri



BESUT - Lima pelajar termasuk tiga pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah
sekolah di sini, didenda RM1,500 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah
selepas mengaku salah melakukan perbuatan tidak bermoral dalam sebuah
rumah di Kampung Gong Tengah, 27 Mac lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut apabila
beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah dan rayuan tertuduh.Mereka
 ditahan dalam sebuah rumah di kampung tersebut dekat Kuala Besut pada
 jam 9.15 pagi dan tiada ikatan yang sah ketika kejadian, sehingga menimbulkan
syak melakukan khalwat.

Semua tertuduh termasuk dua lelaki berumur 18 tahun itu dibicarakan di
bawah Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir),
Negeri Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000
atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal
Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.Nik
 Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas
 maklumat, penguat kuasa melakukan serbuan berwaran di sebuah rumah
di Kampung Gong Tengah.

Penguat kuasa syariah terpaksa ke bahagian dapur rumah setelah pintu
utama tidak dibuka oleh tertuduh ketika pihak berkenaan mengetuk pintu
tersebut.Pemeriksaan di dalam rumah mendapati, pintu sebuah bilik berkunci
dari dalam dan selepas beberapa minit diketuk, ia dibuka oleh seorang remaja
 perempuan dan pemeriksaan mendapati terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu.

Nik Mohd Shahril berkata, remaja tersebut memberitahu penguat kuasa hanya
 mereka bertiga di dalam rumah itu namun, pemeriksaan lanjut mendapati dua
 lelaki sedang menyorok di atas siling rumah.

Ketiga-tiga pelajar perempuan itu tinggal di sebuah kuarters perumahan di Gong
Keda.Salah seorang lelaki terbabit adalah anak pemilik rumah tersebut manakala
 rakannya dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan.

No comments:

Post a Comment