Sunday, June 30, 2013

Benjy oh Benjy

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang merupakan anak kepada Azean Irdawaty telah bertindak agresif ketika dibawa keluar daripada bilik mahkamah selepas ditahan reman berkaitan kes dadah. Untuk makluman, Benjy ditahan semalam selepas didapati positif dadah jenis syabu.
beny ganas
Pelakon itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif. Benjy kemudiannya kemudian menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.
benjy
Benjy telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini selanjutnya. Info asal Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment