Sebelum ini, puteri sulung hasil perkahwinan Natasha Hudson dan Carleed Khaza diberi nama Naeema Taqiyyah. Nama tersebut membawa makna keberkatan, ketenangan dan bertakwa. Namun rupa-rupanya, Taqiyyah membawa maksud yang kurang elok melibatkan pengikut ajaran Syiah.
Natasha Hudson mendapat tahu mengenai perkara ini selepas mengikuti satu sesi usrah. Selepas mendapatkan maklumbalas daripada orang-orang berilmu dan mufti, Natasha dan suaminya telah sepakat untuk menukar nama Taqiyyah kepada Kalila.
Satu langkah yang bijak dan pantas daripada Natasha Hudson untuk menukar nama anaknya. Semoga Naeema Kalila akan membesar menjadi anak yang solehah di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan.
No comments:
Post a Comment