Wednesday, July 31, 2013
Bayi Kembar 12 Terpaksa Dibunuh
Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''
Tuesday, July 30, 2013
Bapak report polis anak kena rotan
Rotan Tak Siap Kerja Sekolah- Bapa Buat Laporan Polis
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama
Artikel disiar pada 31/07/2013 - 4:26 am oleh EDITOR
Suami menangis takut isteri marah
[SH] KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.
Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.
"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.
“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.
Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.
Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.
"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.
"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya. - 31/7/13
Dapat A, Tapi tak tahu Sejarah
KUALA LUMPUR - Ramai pelajar kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara walaupun berupaya mencatat gred 'A' dalam peperiksaan, kata sejarawan negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Tokoh akademik terkenal itu berkata pelajar sekarang belajar sejarah dengan cara menghafal dan bukan memahaminya.
"Pada masa dulu, untuk mendapat 70 markah pun susah, tetapi sekarang mereka boleh dapat 90 ke atas.
"Ramai pelajar sekolah sekadar menghafal esei kerana mereka boleh agak topik apa yang akan keluar dalam peperiksaan," katanya pada pembentangan di 'Second Education Nation Conference', di sini hari ini.
Khoo berkata ramai daripada pelajar bukan saja tidak dapat menghargai sejarah tetapi juga gagal mempelajari sejarah negara yang sebenarnya begitu menarik.
"Bila saya tanya siapakah Tun Tan Cheng Lock, mereka hanya tersenyum dan tidak tahu jawapannya. Malah sesetengah daripada mereka tidak tahu sejarah sekolah sendiri pun. Ini amat menyedihkan.
"Jika anda tahu sejarah, anda akan terkejut dengan bagaimana negara ini boleh terbentuk," katanya.
Katanya guru harus menilai semula peranan mereka dan menjadi tenaga pengajar yang lebih efektif yang dapat bekerja dengan pelajar untuk membangunkan minda bukan sekadar membantu mereka mendapat keputusan 'A' dalam peperiksaan.
"Saya harap sistem pendidikan kita dapat membantu orang muda mengetahui dengan lebih mendalam mengenai negara, mencintai negara ini, sekali gus melakukan lebih banyak kebaikan untuk negara," katanya.
Persidangan dua hari itu dianjurkan Asian World Summit, bertujuan mengumpul pandangan bagaimana institusi pengajian tinggi dapat menyumbang ke arah mewujudkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi menjelang 2020, selain memainkan peranan lebih proaktif dalam memastikan lulusannya mempunyai tahap boleh upah lebih tinggi.
Persidangan disertai kira-kira 100 pengamal industri. - Bernama

Artis tertikam diri sendiri
PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.
Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.
Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.
"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.
Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.
Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.
Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.

Monday, July 29, 2013
Kentut bergaya
Haha..nak surprise birthday office mate, last2 member kena surprise balik..
Menyesal Giler Aku Kahwin
Menyesal Giler Aku Kahwin………….
Ini cerita aku…..
Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.
Aku tak penah kenal pon dia.
Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.
Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.
Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.
Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.
“Jom la bang tido…”.
Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.
Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..
Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!
Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la….
Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..
Kira berbelanja tanpa waswas la.
Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.
Hohoho..
Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.
Tade dalam list, tak leh amik!!
Dah la berejam-jam pusing..
Leceh tol la orang pompuan nih.
Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.
Aku je yang muka tensen.
Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.
Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..
Dia kata x hensem la, x kemas la..
Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!
Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.
Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)
ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.
Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).
Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.
Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.
Sakit wooo bini aku cubit.
Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made.
Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).
Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.
Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je..
Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..
Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la..
Maklum la dah ade P.A.
Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..
Hmm sejuk hatiku.
Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.
Jadi kena ade yang tolong ingatkan.
Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehe sweet x?
Sunday, July 28, 2013
Aksi Tak Senonoh Lelaki Ini Pada Wanita Yang Pakai Skirt Pendek
TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR SRK SERI PRISTANA
Adakah pemilik akaun Facebook Melayu menggunakan perkataan 'BERMAKAN'? Perkataan itu
tidak disenaraikan dalam kamus bahasa Melayu.
Baca pula antara komen biadab dicatatkan oleh 2 pelayar laman Facebook itu.
Komen di bawah tidak difahami.
Klik dan LIKE di sini untuk melihat akaun Facebook penyokong Guru Besar SRK Seri
Pristana.
Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor dan
berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil
temu bual saya melalui panggilan telefon bersama
berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil
temu bual saya melalui panggilan telefon bersama
Mohamad Nasir pada jam 10 malam tadi.
1. Beliau TIDAK diarahkan bercuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan
diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah
diterimanya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan
diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah
diterimanya.
2. Tindakan membuka ruang makan alternatif di bilik persalinan telah diusulkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai
digunakan.
mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai
digunakan.
"Kantin sekolah berupaya menampung kira-kira 150 pelajar, selebih mereka berehat
pada satu sesi terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan laluan. Pada waktu
tengahari sinaran matahari terik memancar dan sebahagian daripada ruang kantin
menajdi panas. Pelajar terpaksa makan dan minum dalam keadaan amat tidak selesa," ujar ayah kepada 6 anak itu.

3. "Apakah bentuk pengubahsuaian dilakukan di kantin dan mengapakah kantin ditutup
untuk kegunaan pelajar?," soal saya.
untuk kegunaan pelajar?," soal saya.
"Dua laluan ke bilik guru dengan 3 daun pintu kayu digantikan dengan pintu kaca.
Sehari selepas kontraktor membuat kerja pengubahsuaian, saya dapati pintu kaca
belum sempat dipasang diletakkan di ruang kantin. Pada masa sama, saya menemui
kesan tapak kaki pelajar di kawasan sekitar. Saya berasa bimbang, jika pelajar tercedera
dan pihak sekolah kemudian memasang tali penghadang berwarna merah dan putih buat
sementara waktu," jelas Mohamad Nasir lagi.

4. Guru Besar lulusan Maktab Temenggung Ibrahim, Johor Bahru itu berkata ...
"Saya kecewa kerana ramai individu melontarkan komen dan menjatuhkan hukuman
terhadap saya TANPA usul periksa. Mereka juga tidak pernah hadir di SRK Sri Pristana.
Sebilangan orang awam bertanya, mengapakah pelajar tidak dibenarkan makan di
dalam kelas? Peraturan standard sekolah melarang pelajar berada di dalam kelas
untuk mengelakkan kes kecurian barang berlaku. Pembinaan kanopi pula membabitkan
kos tinggi. Sebuah kanopi bersaiz 20x20 kaki dianggarkan berharga lebih

RM2,000," kata beliau lagi.
Klik di sini untuk membaca pandangan bekas Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana
mengenai Mohamad Nasir.
mengenai Mohamad Nasir.
Sumber : BERSAMA MAZIDUL
Gambar cucu cicit keturunan Rasulullah?
Subhanallah – Gambar Cicit Rasullulah Yang Comel.
Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat…mungkin?
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?
Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.
Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.
Subhanallah Maha Suci Allah, cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya?
sumber : http://kezoom.blogspot.com
Manusia Elektrik
Manusia Ini Mampu Terima Renjatan Elektrik-Elektrik Mohan atau Electro-Man, sebagai Raj telah dikenali di seluruh dunia mempunyai super kuasa menakjubkan . Hanya seberapa caj kecil elektrik boleh membawa maut kepada kebanyakan manusia, tetapi orang ini boleh mengalirkan elektrik dan tanpa terjejas sedikit pun. jika di lihat tiada apa-apa kelebihan pada manusia ini yang kelihatan, tetapi berkaitan dengan sumber kuasa elektrik, Raj Mohan Nair boleh melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Dia tidak mengeluar bolt kilat dari tangan atau apa-apa, tetapi dia boleh menghidupkan mentol atau pengisar elektrik dengan menyalurkan dua wayar hidup dan membenarkan sejumlah besar elektrik melalui tubuhnya.
Beliau mungkin tidak kelihatan seperti superhero yang ada dalam buku komik, tetapi dia kelebihan daripada yang lain daripada manusia yang boleh bertahan. Jika wayar ini menyentuh badan mana-mana manusia lain, tenaga elektrik yang akan menyebabkan organ-organ mereka gagal dan berhentikan jantung mereka, tetapi tidak di Mohan. Dengan satu wayar dalam mulutnya untuk kekonduksian yang lebih baik dan lain-lain di tempat lain di tubuhnya, Mohan membolehkan jangka arus elektrik melalui dia dan ke dalam apa jua peranti lain dia cuba untuk dihidupkan.
Kisah bagaimana Elektrik Mohan pertama kali diketahui ,beliau mempunyai kelebihan super-kuasanya.
Raj kehilangan ibunya ketika dia berusia tujuh tahun. Kecewa, dia cuba untuk membunuh diri dengan memanjat transformer dan memegang salah satu wayar hidup. beliau kekaguman , tiada apa yang berlaku. Itulah apabila dia sedar dia telah diberkati dengan hadiah dari Tuhan. Sejak itu, beliau telah mengejutkan dunia dengan imuniti kepada elektrik. Tetapi bagaimana orang ini dapat bertahan sehingga 10 amp arus elektrik tanpa terkena renjatan? Daniel Browning Smith menguji Raj Mohan Nair untuk elektrik menggunakan multimeter, dan mendapati bahawa badan beliau adalah lebih 10 kali lebih tahan daripada purata manusia . Walaupun matanya berlapis berlapis lebih apabila elektrik melalui tubuhnya, menjadikan dia buta buat sementara waktu, ini India Elektro-Man boleh menahan elektrik yang cukup untuk kuasa yang panas-plat. Jika orang biasa terdedah kepada kuasa yang banyak untuk hanya sebahagian kecil daripada kedua ia akan menyebabkan kerosakan otot kekal dan menghentikan jantung mereka.
Nyawa di Saat akhir kematian
Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.
kura-kura merokok
Agak kelakar bila terdengar seekor kura-kura di China yang ketagih rokok. Tetapi ianya betul berlaku. Di pinggir banda Changchun, terdapat seekor kura-kura yang memerlukan nikotin setiap hari.
Kura-kura terlalu ketagih sehingga ia menghisap sehingga 10 batang rokok sehari. Menurut penjaga kura-kura itu, apabila reptilia itu inginkan rokok ia akan mengeluarkan sejenis bunyi mendesis dan mula gelisah.
Ingin tahu bila si kura-kura ini mula ketagih rokok?? Seoran chef, bernama Tang membantu majikannya menjaga reptilia istimewa itu. Menurutnya, segala-galanya bermula kira-kira dua bulan lalu apabila haiwan itu mula hilang minat ke atas makanan ikan hariannya.
Tang mendapati ada tulang ayam tersangkut di badannya, apabila ingin menariknya keluar Tang telah digigit dan ia menyakitkan. Satu-satunya cara untuk mengalih tulang ayam itu adalah dengan mengalih perhatian haiwan itu.
Jadi, Tang mengambil rokok di mulutnya dan membiarkan kura-kura itu mengigitnya sehingga dia berjaya mengeluarkan tulang itu.
Jadi, Tang mengambil rokok di mulutnya dan membiarkan kura-kura itu mengigitnya sehingga dia berjaya mengeluarkan tulang itu.
Keesokan harinya, ketika Tang duduk di kerusi dan menyalakan rokok selepas bekerja, sebaik sahaja melihat asap rokok berkepul-kepul, reptilia itu merangkak ke atasnya.
Tang terus sahaja menyalakan rokok dan memasukkan ke dalam mulut haiwan itu.
Selepas itu, mereka sering hisap rokok bersama sehingga menjadi satu ketagihan. Sekarang, setiap kali ia mengikuti Tang sekitar mana sahaja dia pergi, merangkak di atas beliau sehingga ia mendapat nikotin yang diinginkan
Jom Tegok Video nie....
Friday, July 26, 2013
PENCEGAH MAKSIAT BERNAFSU BINATANG - AMBIL KESEMPATAN KE ATAS WANITA
JOHOR BAHRU: Tembelang seorang lelaki yang menonjolkan sifat murni termasuk bersungguh-sungguh mahu mencegah maksiat di kalangan penduduk di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini, terbongkar selepas dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sarat hamil lima bulan.
Gambar hiasan. |
Lelaki itu juga memohon maaf terhadap perbuatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit suami mangsa baru-baru ini meskipun menyedari perbuatannya menimbulkan tekanan mental terhadap wanita berkenaan.
Mangsa yang berusia 31 tahun berkata, kejadian berlaku 30 Ogos lalu iaitu pada jam 7 pagi selepas dia menghantar anak ke sekolah dan terserempak dengan lelaki itu di tingkat tiga rumah pangsa berkenaan.
Wanita mualaf itu berkata, dia yang tinggal bersama keluarga di tingkat empat, menyapa lelaki berusia 40-an terbabit kerana sudah mengenalinya sejak lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di pejabat guaman tidak menyangka lelaki itu tiba-tiba bertindak melampaui batas apabila menghampirinya dan melakukan perbuatan tidak bermoral.
“Saya terkejut apabila lelaki itu meraba belakang bahu dan mencium pipi kiri sebelum saya menolak tangannya.
“Dia kemudian terburu-buru masuk ke rumahnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampoi pada 1 September lalu.
Sementara itu, suami mangsa yang berusia 34 tahun berkata, dia bimbangkan kesihatan mental isterinya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa mengaibkan itu.
“Suami mana tidak tertekan jika isteri menjadi mangsa gangguan seksual tambahan pula ketika sedang mengandung.
“Kejadian berlaku ketika isteri saya sedang mengandung dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan akibat tertekan,” kata bapa kepada dua anak itu.
Menurutnya, walaupun lelaki itu meminta maaf menerusi SMS, dia dan isteri khuatir dengan keselamatan wanita serta kanak-kanak perempuan di situ.
Dia mendakwa polis juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu biarpun laporan polis sudah dua kali dibuat.
Subscribe to:
Posts (Atom)