GUATEMALA CITY: Penunjuk perasaan menuntut dua wakil rakyat mereka supaya meletak jawatan selepas dirakam ternganga melihat gambar wanita berbikini pada sebuah telefon bimbit.
Walaupun sepatutnya membahaskan satu rang undang-undang di Parlimen, Jose Gandara, 67, dan Carlos Rafael Fion, 59, leka meneliti imej wanita seksi dan aksi itu dirakam dan tersebar kepada orang ramai.
Sehingga semalam, berpuluh-puluh penunjuk perasaan bertopeng kebanyakannya anak muda menuntut mereka meletak jawatan. Mereka juga menggelar Gandara dan Fion sebagai “wakil rakyat porno.” Sementara itu, Gandara berkata, dia tidak bersalah dan isu itu terlalu diperbesarkan.
“Jika saya menyebabkan sesiapa rasa tersinggung, saya minta maaf, tetapi saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya kepada media. – AFP
No comments:
Post a Comment