Monday, August 12, 2013

Lee Chong Wei Di Sabotaj Oleh Penganjur?


alt

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Taktik kotor membolehkan jaguh badminton perseorangngan lelaki China Lin Dan merangkul kejuaraan dunia buat kali kelima berturut-turut.

Mengikut rentak awal perlawanan Datuk Lee Chong Wei lebih garang untuk memburu kejuaraan gelaran dunia pertama, namun rentak permainan berubah apa bila keadaan didalam Gimnasium Tianhe secara tiba-tiba menjadi menjadi panas dan tidak berangin berikutan penghawa dingin ditutup pada set kedua.

Chong Wei yang menang pada set pertama 21-16 tidak dapat meneruskan rentak permainannya pada set kedua dan ketiga ekoran masalah pengudaraan menyebabkan dia mengalami kekejangan di kedua-dua belah paha akibat penghidratan.

Jaguh No1 dinia itu terus meminta rawatan pada kedudukan 16-19 pada set ketiga dan cuba menyambung permainan, nyata Chong Wei tidak mampu bergerak lagi pada kedudukan 17-20 dan terus menghadiahkan kejuaraan dunia kepada Lin Dan yang menang 16-21, 21-13-, 20-17.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berasa hairan peghawa dingin secara tiba-tiba dipadamkan ketika set kedua sedang berlangsung dan hampir tiada oksigen susah hendak bernafas.'

"Kalah tetap kalah, kami boleh terima kekalahan tetapi yang menimbulkan pertikaian saya mengapa pendingin hawa tiba-tiba dipadamkan di set kedua. Keadaan menjadi terlalu panas, hampir tiada oksigen dan pemain tidak boleh bernafas.

"Ini menyebabkan Chong Wei mengalami penghidratan. Sebelum turun gelanggang lagi, Lin Dan sudah memiliki kelebihan fizikal, semalam (kelmarin) Chong Wei diberikan waktu permainan yang amat lewat dan perlawanannya (mengalahkan Du Penyu, tiga set) berakhir pada jam 11 malam.

"Lin Dan sebaliknya berehat enam jam lebih awal daripada Chong Wei kerana bermain petang. Semua ini, memberi kesan, ditambah dengan keadaan stadium yang amat tidak sihat untuk pemain," katanya.

Sementara itu, Lin Dan turut bersimpati dengan Chong Wei yang mengalami kecederaan, beliau turut mrakamkan sejarah berganda dengan  lima kejuaraan dunia yang dirakamkan itu selepas kejayaan pada 2006 (Madrid), 2007 (Kuala Lumpur), 2009 (Hyderabad), dan 2011 (London).

“Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Chong Wei kerana kami sudah memberi aksi terbaik untuk penonton. Ketika saya mendahului 19-16, dia mula mengalami kekejangan otot dan saya bertanya kepadanya apa yang berlaku dan ketika itu saya sudah tidak fikir yang kami ini adalah lawan.

“Saya tahu dia tidak mahu menyerah kalah tetapi nasib tidak menyebelahinya. Saya berterima kasih kepadanya kerana menjadi lawan yang membuatkan bermotivasi tinggi mempamerkan aksi terbaik,” kata Lin Dan.

Dalam pada itu Seu Bock telah mengemukakan bantahan kepada penganjur dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebaik sahaja keadaan stadium tiba-tiba bertukar seperti dalam ketuhar.

"BWF kata itu bukan tanggungjawab mereka kerana penghawa dingin dikawal oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan (Local Organising Committee), jadi kami sendiri tidak tahu apa puncanya.”

“Situasi seperti ini memberi petanda negatif terhadap sesuatu pertandingan dan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pemain. Chong Wei seorang pemain yang tidak mudah berputus asa dan sebab itu dia masih mahu bermain walaupun suatu ketika sudah mengalami kekejangan otot sebelum menarik diri,” katanya.

No comments:

Post a Comment