Saturday, March 8, 2014

Tiada Apa-apa ditemui : APMM






KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah sampai ke lokasi terakhir MH370 yang dilaporkan terputus hubungan iaitu 120 batu nautika ke timur Kota Bharu.

Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu Astro AWANI bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai lagi.

"Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan," kata Hamid.

Antara aset APMM yang telah sampai di lokasi adalah kapal KM Amanah, KM Langkawi, serta KD Pahang daripada Tentera Laut DiRaja Malaysia.

Sebuah pesawat Bombardier serta helikopter EC275 tentera turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan.

Pesawat Boeing 777-200 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas.

Dalam rancangan kedua operasi itu, pasukan-pasukan penyelamat akan menggerakkan KD Terengganu dan beberapa kapal kecil serta pesawat Augusta.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 08, 2014 18:21 (MYT)

No comments:

Post a Comment