Saturday, March 8, 2014

Pelajar MBA yang dijadual menaiki pesawat MH370 Bersyukur kerana terselamat

Sumber


Laporan langsung: MH370 hilang

Sebuah pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan udara pukul 2.40 awal pagi tadi.
  1. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 namun masih belum ada pengesahan tentang bangkai pesawat ditemui di sebuah pulau di Vietnam seperti yang dilaporkan media Vietnam.  
     
    Penerbangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200. Ia berlepas ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 12:41 pagi tadi.
    Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
  2. Ikuti Kronologi Kehilangan pesawat Penerbangan MH370 yang hilang dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing.
  3. Kronologi Kehilangan MH370
  4. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tan Sri Aziz Abdul Rahman meminta semua pihak bersabar berhubung status kehilangan pesawat penerbagan MH370 kerana ia melibatkan banyak pihak dan faktor undang-undang.
  5. Pesawat MH370 hilang: Reaksi bekas CEO MAS
  6. Sidang media Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkenaan kehilangan pesawat MH370 dari KL ke Beijing.
  7. Jessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun  calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu ‘terlepas’ penerbangan MH370 ke Beijing pagi tadi:
  8. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah sampai ke lokasi terakhir MH370 yang dilaporkan terputus hubungan iaitu 120 batu nautika ke timur Kota Bharu.
  9. Apa yang menimpa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu menjadi spekulasi orang ramai yang memulakan hari minggu mereka dengan berita yang mengejutkan itu.
  10. Ahli keluarga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Datuk Mohamed Ramli Abbas adalah di antara penumpang yang berada di dalam pesawat Malaysia Airlines yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang.
  11. Hajjah Putih Haji Idris kelihatan tertekan dan hampir menangis ketika bercakap tentang menantunya, Nor Fadzillah Mat Rahim, yang berada di dalam pesawat MH370 yang hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur pagi tadi.
  12. Anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad disahkan antara 227 penumpang yang menaiki pesawat boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal pagi tadi.
  13. Kapal Laut KM Amanah milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) belum lagi menemui sebarang objek berhampiran dengan lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang:
  14. Mohd. Lokman Hamid, 31 tahun, memberitahu beliau hanya mengetahui berita kehilangan pesawat MAS yang dinaiki kakaknya, Norliah Akmar Abdul Hamid berusia 33 tahun dan abang iparnya Mohd. Razahan Zamani, melalui status yang dimuat naik salah seorang rakannya di facebook awal pagi tadi.
  15. Keluarga hanya tahu insiden melalui facebook
  16. Sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkenaan kehilangan pesawat MH370 dari KL ke Beijing.

No comments:

Post a Comment