Thursday, January 30, 2014

Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa


  • Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapaSeorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Kuala Lumpur, petang tadi. Kelihatan anggota polis menahan suspek yang juga bapa kepada mangsa terbabit untuk siasatan lanjut. - Foto Bernama
 1 / 3 
BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
  
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
  
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
   
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
  
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
  
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
  
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
  
Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
  
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
  
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
  
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.
  
Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - Bernama

Wednesday, January 29, 2014

MENGAPAKAH PYTHOSCIENCE MEMBUANG LOGO HALAL PADA BUNGKUSAN PRODUK DOUBLE STEMCELL TERDAHULU?

Sumber : blog Mazidul


[ Gambar I ]

Gambar di atas, bungkusan baharu satu daripada produk Double Stemcell, keluaran syarikat Pythoscience.

Di bawah, bungkusan produk terdahulu.


Bandingkan 2 gambar di atas. Nampak perbezaan ketara? Ya, Logo Halal JAKIM telah dibuang. Persoalannya, mengapa?

Jawabannya ringkas dan mudah.

Sejak Double Stemcell dipasarkan di Malaysia, produk itu sebenarnya TIDAK pernah mendapat Sijil Pengesahan Halal JAKIM.  


Tidak hairan, sehingga ke detik entri ini ditulis, Phytoscience GAGAL menunjukkan bukti bergambar, kononnya syarikat itu memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM yang didakwa telah tamat tempoh.

GAGAL kerana, Sijil Pengesahan Halal itu TIDAK pernah wujud.

Untuk pengetahuan semua, pengasas produk terbabit, BUKAN beragama ISLAM, namanya Lim Teck Peng, kini bergelar Datuk Seri. Masyarakat Malaysia khususnya penganut  agama Islam harus mengajukan soalan penting kepada diri sendiri. 

Apakah TUJUAN sebenar syarikat itu sehingga tergamak manyalahgunakan Logo Halal JAKIM? 

Untuk menarik LEBIH ramai pelanggan beragama Islam biarpun memperkotak-katikkan status halal.

Kini Logo Halal JAKIM tidak lagi dicetak di bungkusan baharu, sila rujuk Gambar I. Mengapa? Phytoscience khuatir produk dipasarkan bakal dirampas oleh penguatkuasa JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekiranya Logo Halal JAKIM terus disalahgunakan sekaligus melanggar Akta Perihal Dagangan 2011. Syarikat mungkin berupaya membayar denda maksimum RM200,000 jika disabitkan kesalahan tetapi tidak mampu menjawab pelbagai soalan sekiranya produk dijual oleh agen atau mobile (stokis) disita oleh pihak berkuasa sama.

Itu FAKTA.

Ingin menjadi kaya, tidak salah tetapi usah sesekali cuba mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia.

Berikutan pembuangan Logo Halal itu, ertinya produk terbabit BELUM disahkan halal oleh JAKIM. Biarpun saya dikecam sebilangan individu berikutan pendedahan ini namun saya berpuas hati kerana kini semua rakyat Malaysia berhak memilih samada ingin menggunakan produk Double Stemcell atau sebaliknya.

ROZITA CHE WAN NAK HADIAHKAN SEORANG ANAK UNTUK ZAIN

Dari Beautifulnara
Terharunya Abang Nara membaca kata-kata Rozita Che Wan mengenai hasratnya untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya seorang anak buat suaminya, Zain Saidin. Walaupun sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu, hasrat murni ini harus dipuji lebih-lebih lagi Zain belum lagi mempunyai zuriatnya sendiri. Insya-Allah kalau niat yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya.
rozita che wan hamil
Secara umum, wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas lebih terdedah kepada risiko sekiranya hamil. Namun sekali pandang, Che Ta nampak masih sihat dan gagah untuk menimang cahaya mata baru. Kata Che Ta kepada Harian Metro hari ini:-
Hampir enam minggu kami berkahwin, terus terang saya memang mengharapkan hamil dalam masa terdekat. Usia pun bukannya muda tapi sudah 40-an. Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya hasil perkahwinan dengan bekas suami dulu pun sudah berusia 16 tahun.
Pun begitu, ada juga bimbang sebab wanita 40-an dikatakan berisiko untuk mengandung. Mungkin di luar kita nampak sihat, tetapi dalam badan kita tak tahu sama ada masih kuat atau tak? Apa pun saya berharap saya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengandung.
Walaupun saya sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan pertama dulu, tetapi tentunya Zain mahukan zuriatnya sendiri. Saya ingat kalau saya dapat hadiahkan seorang anak untuk Zain pun dah jadilah. Tapi mengenangkan dia mahukan anak lelaki sementara saya pula nakkan anak perempuan, nampaknya kenalah mengandung 2 kali.
Zain mahukan anak lelaki kerana katanya boleh buat kawan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah tidak kira bayi lelaki atau perempuan, yang penting anak cukup sifat dan sihat.
rozita che wan hamil
Insya Allah walaupun dah berusia 40-an tiada masalah untuk Che Ta untuk hamil lagi. Sekarang ini pun banyak makanan tambahan di luar sana untuk kesihatan dalaman. Abang Nara pasti ramai peminat tak sabar untuk mendengar berita kehamilan Che Ta. Sama-samalah kita doakan. Semoga Zain dan Che Ta dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat sendiri dalam masa terdekat ini. Amin.

CIKGU BERTUKAR MENJADI HARIMAU

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.
Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.
Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
Foto
LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.

Nyaris maut


Sunday, January 26, 2014

Mustafa Kamal Ataturk: Kematian Yang Menyeksakan


Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa Kamal Ataturk

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.
Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk
Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
Mustafa Kamal Ataturk
Mustafa Kamal Ataturk
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.

Tuesday, December 24, 2013

Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat

Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan.
lana nordin dan johan putus cinta Ikuti kata-kata Johan di bawah:-
Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.
Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.
Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan.

Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini.
Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.
Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah.
lana dan johanKesian Lana.