Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan.
Ikuti kata-kata Johan di bawah:-
Ikuti kata-kata Johan di bawah:-
Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan.
Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini.Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah.
Kesian Lana.
No comments:
Post a Comment