Sunday, December 15, 2013

Tampil Bertudung Di MeleTOP — Emma Maembong Berhijrah?




Kehadiran pelakon Emma Maembong dengan imej bertudung di program hiburan TV MeleTOPkelmarin mengundang persoalan di kalangan peminat sama ada beliau sudah benar benar berhijrah ke penampilan yang lebih Islamik.
Ianya dikuatkan lagi dengan beberapa gambar terkini Emma Maembong di Instagram yang turut menunjukkan pelakon ini manis mengenakan hijab.
“Memang sudah lama saya tanam niat, tapi niat saja kalau tak buat tak guna juga. Sekarang saya dalam proses belajar-belajar untuk bertudung penuh. Tapi kena perlahan-lahanlah,” ujar Emma Maembong kepada Harian Metro hari ini.
Menurut beliau lagi dek kerana sering mengenakan tudung untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!, beliau merasa semakin selesa untuk mengenakan tudung lebih kerap.
“Lagipun menutup aurat adalah tuntutan pada setiap wanita Muslim. Sama ada sekarang atau lambat-laun saya tetap akan bertudung juga,” tambahnya lagi. (rtky/m)

Sumber : rotikaya

No comments:

Post a Comment