Wednesday, January 29, 2014

ROZITA CHE WAN NAK HADIAHKAN SEORANG ANAK UNTUK ZAIN

Dari Beautifulnara
Terharunya Abang Nara membaca kata-kata Rozita Che Wan mengenai hasratnya untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya seorang anak buat suaminya, Zain Saidin. Walaupun sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu, hasrat murni ini harus dipuji lebih-lebih lagi Zain belum lagi mempunyai zuriatnya sendiri. Insya-Allah kalau niat yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya.
rozita che wan hamil
Secara umum, wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas lebih terdedah kepada risiko sekiranya hamil. Namun sekali pandang, Che Ta nampak masih sihat dan gagah untuk menimang cahaya mata baru. Kata Che Ta kepada Harian Metro hari ini:-
Hampir enam minggu kami berkahwin, terus terang saya memang mengharapkan hamil dalam masa terdekat. Usia pun bukannya muda tapi sudah 40-an. Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya hasil perkahwinan dengan bekas suami dulu pun sudah berusia 16 tahun.
Pun begitu, ada juga bimbang sebab wanita 40-an dikatakan berisiko untuk mengandung. Mungkin di luar kita nampak sihat, tetapi dalam badan kita tak tahu sama ada masih kuat atau tak? Apa pun saya berharap saya tidak mengalami sebarang masalah untuk mengandung.
Walaupun saya sudah mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan pertama dulu, tetapi tentunya Zain mahukan zuriatnya sendiri. Saya ingat kalau saya dapat hadiahkan seorang anak untuk Zain pun dah jadilah. Tapi mengenangkan dia mahukan anak lelaki sementara saya pula nakkan anak perempuan, nampaknya kenalah mengandung 2 kali.
Zain mahukan anak lelaki kerana katanya boleh buat kawan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah tidak kira bayi lelaki atau perempuan, yang penting anak cukup sifat dan sihat.
rozita che wan hamil
Insya Allah walaupun dah berusia 40-an tiada masalah untuk Che Ta untuk hamil lagi. Sekarang ini pun banyak makanan tambahan di luar sana untuk kesihatan dalaman. Abang Nara pasti ramai peminat tak sabar untuk mendengar berita kehamilan Che Ta. Sama-samalah kita doakan. Semoga Zain dan Che Ta dimurahkan rezeki untuk mendapat zuriat sendiri dalam masa terdekat ini. Amin.

No comments:

Post a Comment