Wednesday, January 29, 2014

MENGAPAKAH PYTHOSCIENCE MEMBUANG LOGO HALAL PADA BUNGKUSAN PRODUK DOUBLE STEMCELL TERDAHULU?

Sumber : blog Mazidul


[ Gambar I ]

Gambar di atas, bungkusan baharu satu daripada produk Double Stemcell, keluaran syarikat Pythoscience.

Di bawah, bungkusan produk terdahulu.


Bandingkan 2 gambar di atas. Nampak perbezaan ketara? Ya, Logo Halal JAKIM telah dibuang. Persoalannya, mengapa?

Jawabannya ringkas dan mudah.

Sejak Double Stemcell dipasarkan di Malaysia, produk itu sebenarnya TIDAK pernah mendapat Sijil Pengesahan Halal JAKIM.  


Tidak hairan, sehingga ke detik entri ini ditulis, Phytoscience GAGAL menunjukkan bukti bergambar, kononnya syarikat itu memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM yang didakwa telah tamat tempoh.

GAGAL kerana, Sijil Pengesahan Halal itu TIDAK pernah wujud.

Untuk pengetahuan semua, pengasas produk terbabit, BUKAN beragama ISLAM, namanya Lim Teck Peng, kini bergelar Datuk Seri. Masyarakat Malaysia khususnya penganut  agama Islam harus mengajukan soalan penting kepada diri sendiri. 

Apakah TUJUAN sebenar syarikat itu sehingga tergamak manyalahgunakan Logo Halal JAKIM? 

Untuk menarik LEBIH ramai pelanggan beragama Islam biarpun memperkotak-katikkan status halal.

Kini Logo Halal JAKIM tidak lagi dicetak di bungkusan baharu, sila rujuk Gambar I. Mengapa? Phytoscience khuatir produk dipasarkan bakal dirampas oleh penguatkuasa JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekiranya Logo Halal JAKIM terus disalahgunakan sekaligus melanggar Akta Perihal Dagangan 2011. Syarikat mungkin berupaya membayar denda maksimum RM200,000 jika disabitkan kesalahan tetapi tidak mampu menjawab pelbagai soalan sekiranya produk dijual oleh agen atau mobile (stokis) disita oleh pihak berkuasa sama.

Itu FAKTA.

Ingin menjadi kaya, tidak salah tetapi usah sesekali cuba mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia.

Berikutan pembuangan Logo Halal itu, ertinya produk terbabit BELUM disahkan halal oleh JAKIM. Biarpun saya dikecam sebilangan individu berikutan pendedahan ini namun saya berpuas hati kerana kini semua rakyat Malaysia berhak memilih samada ingin menggunakan produk Double Stemcell atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment