Sunday, May 26, 2013

Mohd Saiful Bukhari dan Nik Suryani Megat Deraman Sah Suami Isteri. Mas Kahwin RM41,000







Kuala Terengganu: Dengan sekali lafaz, wartawan TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, bergelar isteri kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, jam 3.30 petang semalam. 

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan, dengan mas kahwin RM41,101 dengan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang. 
Nik Suryani mengenakan persalinan rekaan Zang Toi manakala majlis persandingan di sebelah malamnya bertemakan tradisional Melayu dan songket. 


Majlis pernikahan dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat pasangan, termasuk bapa pengantin lelaki, Azlan Mohd Lazim, 60. 

Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar akan menjadi suami terbaik dengan melaksanakan tanggungjawab mengikut sunnah Rasulullah. 

“Saya melamar di sebuah restoran pada Julai tahun lalu selepas beberapa bulan berkawan dan bertunang pada 20 Oktober tahun lalu. 

“Saya menyenangi Nik Suryani yang banyak memberi semangat dan kekuatan dalam apa yang saya lakukan,” katanya. 
Nik Suryani turut bersyukur kerana mereka selamat disatukan sebagai suami isteri. 

“Saya tidak berasa tertekan walaupun menerima pelbagai kritikan. Keluarga merestui hubungan kami dan itu sudah mencukupi,” katanya.

No comments:

Post a Comment