MIRI 24 Mei - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun nyaris maut apabila kepalanya tertusuk sebilah gunting sedalam kira-kira tiga sentimeter ketika ibu bapanya bertengkar di sebuah rumah di Jalan Tanjung di sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika ibu dan bapa mangsa berselisih faham dan berperang mulut sebelum si isteri hilang sabar lalu cuba menyerang suaminya dengan sebilah gunting.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, ketika pasangan tersebut bergelut, mangsa dikatakan berada tidak jauh dari mereka dan sedang bermain bersendirian.
Katanya, wanita berkenaan meluru ke depan dan cuba menikam suaminya dengan gunting namun lelaki itu mengelak menyebabkan tikaman terkena anak mereka.
Mangsa ditikam betul-betul di atas kepala sedalam tiga sentimeter dan dibawa ke Hospital Miri oleh bapanya untuk rawatan lanjut.
Gunting itu berjaya ditarik keluar oleh petugas hospital dan keadaan mangsa kini dilaporkan tidak serius," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurut Kock Keong, bapa mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Miri berhubung kejadian tersebut.
Isterinya berusia lingkungan 30-an kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130525/je_03/Kepala-anak-tertusuk-gunting#ixzz2UPMbVtvX
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment