Disaat Ibu-ibu lain seluruh dunia bergembira menyambut hari ibu bersama anak-anak dengan bahagia, lain pula terjadi kepada ibu pelakon kacak yang sedang meningkat naik iaitu Afiq Muiz. Ibunya Hasliza Mohd, 48 membuat pendedahan eksklusif kepada media kerana terlalu kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya sejak bergelar seorang pelakon.
“Afiq sudah berubah. Dia sudah berubah… seperti anak derhaka. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.“Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,” ujar Hasliza.
Hasliza membuat keputusan untuk membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan Afiq, 20, yang disifatkannya sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita...
Pesan Abang Long senang je :-
1) Seburuk2 mana ibu kita, ingatlah syurga di bawah telapak kaki ibu
2) Ibu yang membesarkan anda sebenar boleh tuntut RM juta2 dari anda sebab beliau menanggung azab bersalin dan bersusah payah membesarkan anda..
3) Rujuklah dengan Ustaz2 dan MOHON MAAF PADA IBU ANDA...itu sahaja..
Lagi berita Klik
No comments:
Post a Comment