Wednesday, May 29, 2013

Spesis Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Ahmed Angel, Pelajar Medik dari IRAQ memberitahu bahawa beliau lelaki paling KACAK di DUNIA...

Abang Long pun kacak juga..tapi paling kacak kat rumah je la...







KACAK TAK ABANG TON...ABANG TON SAYANG SEMUA....

WTF

Video Baby Gwiyomi : Siapa yang sedang mengandung, jom layan gambar Baby-baby Comel


Jom siapa2 yang sedang mengandung..banyak2kanlah tengok gambar baby comel-comel ni..












Jom layan Gwiyomi ngn baby ni.. kredit to blogger lieyalatif





Abang Long pun berangan nak baby comel2 cam ni..muahkksss

Tuesday, May 28, 2013

Kereta Artis Malaysia


Siapa kata artis Malaysia tidak boleh pakai kereta semewah Bently? Inilah namanya artis Malaysia yang ada wawasan, bukan sepanjang masa seronok dibuai dengan dunia artis. Kalau nak  hidup lebih senang berniagalah, berniagalah. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri berniaga.
Saya suka melihat kejayaan dengan seorang artis Malaysia ini, AC Mizal namanya. Takkan tidak kenal bukan? Berbekal jualan langsung bagi bisnes gelang magnetnya. Kaya-raya sekarang ini, tetapi bukan semudah itu. Inilah kemanisan dalam perniagaan apabila sudah berjaya. Tahniah!!!
Ada beberapa gambar kereta artis Malaysia, yang mewah-mewah pulak tu dan ada juga yang biasa-biasa sahaja sebagai tempelan. Ada pulak artis Malaysia yang kaya -kaya dek kerana talian hayat daripada orang lain. Dunia artis!!
Kereta artis Malaysia AC Mizal
Kereta artis Malaysia Aznil Haji Nawawi
Kereta artis Malaysia Awal Ashaari
Kereta artis Malaysia Vios Ebi AF5
Kereta Kereta artis Malaysia Farah Fauzana
Kereta artis Malaysia Sazzy Fallak
Kereta artis Malaysia Zahid AF
Kereta artis Malaysia Syamsul Yusof
Kereta artis Malaysia Yusry KRU
Kereta artis Malaysia Anuar Zain
Kereta artis Malaysia Datuk Siti Nurhaliza
Kereta artis Malaysia Anne HotFM
Kereta artis Malaysia Azhar Sulaiman. Dahulu dia memakai kereta Proton Waja.
Kereta artis Malaysia Intan Ladyana dengan BMW 1 series
Artis Malaysia, Rosyam Nor merupakan individu pertama yang memiliki Rosyam Nor pemilik pertama kereta Satria Neo R3 Lotus Racing Edition

Abang Long pakai PERSONA 4 PINTU aje... tak 
mampu lagi dik nun oii....

bayi tersangkut dalam lubang tandas masih hidup






Anggota bomba berjaya mengeluarkan bayi yang dibuang ibunya ke dalam lubang tandas di wilayah Zhejiang di timur China semalam. Gambar kecil, anggota bomba cuba memecahkan sebahagian saluran paip untuk mengeluarkan bayi berkenaan.

Bomba China guna gergaji, pelayar keluarkan budak tersekat dalam paip kumbahan

Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan semalam.

Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial.
Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang.

Dengar tangisan

“Bayi berusia dua hari itu ditemui, selepas penduduk melaporkan mereka mendengar bunyi tangisan,” lapor stesen televisyen itu.
Selepas mengesan kedudukan bayi anggota bomba memotong saluran paip yang mempunyai ukur lilit 10 sentimeter menggunakan playar dan gergaji dengan berhati-hati.

Saluran paip yang sudah dipotong dengan bayi di dalamnya itu kemudian dibawa ke hospital selepas cubaan mereka untuk menariknya keluar tidak berjaya.

Ia kemudian diserahkan kepada doktor yang mengambil masa kira-kira sejam memotong saluran itu sedikit demi sedikit hingga berjaya mengeluarkan bayi seberat 2.3 kilogram dengan uri masih terlekat pada tubuhnya.

Akhbar milik kerajaan Zhejiang News melaporkan, keadaan bayi itu yang diberi nama Bayi No 59, berdasarkan nombor inkubatornya, kini stabil dan selamat.

Rakaman video kerja menyelamat itu turut disiarkan di seluruh negara.

Berita penemuan bayi itu mencetuskan ratusan ribu ulasan di laman web Weibo yang hampir sama dengan Twitter. Sebilangan besar mengucapkan syabas dengan kejayaan menyelamatkan bayi berkenaan dan melahirkan kemarahan dengan kekejaman ibu bapanya.

“Saya tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatan membuang bayi dengan uri masih terlekat di tubuh ke dalam lubang tandas.
“Bolehkah mereka dipanggil manusia? Mereka lebih kejam daripada haiwan,” kata seorang pengirim yang menamakan dirinya Jiding Jiajia.

Saksi rakaman menyelamat

Seorang lagi pelayar internet, If-Free, berkata beliau begitu sebak ketika menyaksikan rakaman usaha menyelamat bayi itu.
“Melihat bayi itu mengerang dan menangis ketika saluran paip itu dibuka amat menyentuh perasaan saya. Anda terpaksa melalui saat paling getir di dalam hidup dan saya yakin masa depan anda akan cerah,” katanya.

Laporan mengenai bayi yang dibuang sejurus dilahirkan semakin meningkat di China dan ini sebahagian besarnya berpunca daripada dasar satu keluarga satu anak yang diamalkan dengan ketat di negara itu.

REUTERS/AGENSI

Peragut Lembik Kena Tibai


Kejadian ragut di kemaman, Terengganu. Peragut dibelasah sampai lembik.


Pesan abg long : Lu cari pasal, lu makan penangan...

Handbag Ular yang cantik. Jom tengok proses buatannya


Bagaimana Proses Membuat Barangan Kulit Dari Ular? | Asalamualaikum. Hasil bacaan pantas aku di wikipedia melayu, ular adalah binatang reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung, yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai “ofidiofobia” (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist). Ular ni amat popular dijadikan sebagai barangan kulit kerana permukaan kulitnya yang licin dan bercorak. Korang nak tau tak bagaimana beg kulit ular dihasilkan? Korang tengok je la gambar di bawah ni. Ngeri gak. Kasihan pun ada. P/S: Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi adalah untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi. Kalau tengok dari gambar proses barangan kulit dari ular ni, tampak kejam dan tidak menunjukkan sifat sebagai khalifah di muka bumi. Patut la ular semakin pupus. Ingatlah, kita semua akan ditanya tentang perbuatan kita di akhirat kelak.