Sunday, July 6, 2014

Gadis Terperangkap aktiviti seksual sejenis

Klang: Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis.
Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu.
Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.
Foto
HANI menceritakan kisah hidup songsang kepada wartawan.

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.

Pengantin Baru Dibakar Suami

Pengantin baharu  dibakar suamiUnit Forensik PDRM melakukan siasatan di rumah tempat kejadian kes suami membakar isteri di Kampung Abi Batas Paip. - Foto Amran Hamid
Cemburu, tuduh isteri ada teman lelaki punca kejadian

Kangar: Seorang wanita yang baharu seminggu bergelar isteri, melecur hampir seluruh badan selepas dibakar suaminya di rumah nenek mereka di Kampung Abi Batas Paip, dekat sini, semalam. 



Lebih menyayat hati, kejadian menimpa wanita berasal dari Johor itu betul-betul pada hari jadinya ke-23. 

Mangsa yang melecur hampir 85 peratus anggota badan, dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut nenek suami mangsa, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca daripada sikap cemburu cucunya yang mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki lain.

Jangan Keluarkan Gambar saya tidak berhijab - Arwah Sharifah Aini


PEMERGIAN biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 61, awal pagi semalam sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati para peminatnya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah telah meninggalkan tiga pesanan iaitu jangan mengambil gambar jenazahnya, jangan membuka tutup muka dan juga mahukan anak tunggalnya, Aliff Omar, 32, mengimamkan solat jenazah.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai satu lagi ‘wasiat’ Allahyarhamah yang pernah diungkapkannya sewaktu program ‘Celik Hati Prof Muhaya’ pada Jun tahun lalu.

Pada minit ke 12:16 rakaman tersebut, beliau telah memberi pesanan kepada stesen televisyen dan rakan media agar tidak mengeluarkan video atau gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab.

“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Allahyarhamah turut berpesan agar tidak melengah-lengahkan waktu solat kepada para penonton dan juga rakan-rakan artis.

“Bila masuk saja waktu, saya memang dah siap dah dengan wudhu’. Saya tak nak tinggal, saya tak nak lambat. Saya takut in between, kalau saya mati? Lima minit can make a lot of differences,” katanya.

Diharap dengan perkongsian ini, orang ramai di luar sana termasuklah pihak media akan berusaha untuk menghormati permintaan beliau agar rohnya sentiasa tenang di sana.

Jadikan juga setiap pesanannya sebagai peringatan untuk kita lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya selepas ini.

Al-Fatihah…

Tonton Mat Luthfi Kantoi “Check In” Masjid Ketika Bulan Puasa Dengan Gadis Gadis Cantik


matluthfi-ramadan
Sudah lama kita tidak dihiburkan dengan video Mat Luthfi. Tapi tidak hari ini kerana Mat sudah mengeluarkan video baru yang berkaitan dengan Ramadan.
Dalam video ini antara yang dibincangkan adalah berapa rakaat solat Terawih yang perlu dibuat. Bukan setakat itu saja, pemilihan imam solat terawih juga menjadi point kepada Mat untuk membuatkan kami ketawa.
Antara lain yang menarik perhatian kami ialah topik “Girls be like…”. Kalau kita lihat di laman sosial sekarang, masuk saja bulan Ramadan, kita akan dapat lihat anak anak gadis, perempuan, makwe mahupun awek berselfie setiap kali ambil wuduk, mahu solat, selepas solat dan lain lain amal ibadah. Dan Mat Luthfi persembahkan dalam videonya dengan sangat kelakar.
Kami cadangkan anda tonton video Mat selepas berbuka kerana kami takut terbatal puasa ketawa melampau. Layan!

Lawak : PAk Mat Stress

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

 Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??

Lawak : Kejutan Buat Isteri

Kejutan Buat Isteri

"Okey sayang. kita dh smpai tempatnya." si suami berkata sambil memimpin tangan isterinya yang mata tertutup. Memandangkan hari ini hari jadi isterinya, lalu dia sanggup buat kejutan ini khas untuk isterinya. tempat yang dibawa pula adalah sangat istimewa. kat mana lagi kalau bukan di Grand Putri Hotel.

"kita dah sampai ye bang. bukaklah mata saya ni." balas si isteri.
"sabarlah sayang. abang nak sayang duduk dulu dekat sini."
"okey. eh abang, kita kat mana eh? kerusi dia rasa lembut lah." tanya is isteri.
"adalah.. nanti sayang tahulah."

selang beberapa saat. agak-agak lima saat, si isteri rasa tidak selesa. perutnya memulas kuat. kata hendak membuang angin. rasa sakit semakin tidak dapat ditahan. terus dia berpura-pura meminta air dari suaminya.
"abang, saya nak minum air lah. dahaga."
"okey, sayang tunngu sini. biar abang pergi ambil. but, don't open iatan tu orait."
"okey bang. promise."
"good. love you."

Tanpa menunngu lama, si isteri membuang anginnya. ah..lega rasanya. agak kuat bunyinya. tambah-tambah dengan bau yang menusuk. puh!! busuk sey..si isteri tergelak sendiri. terdengar tapak kaki menghampiri, terus dia menghembus nafas untuk membuang bau yang hadir. al maklumlah,..breakfast tadi banyak makan telur.
Bila dah steady, tak ada bau, control ayu. si isteri menggapai gelas yang diberi. diminumnya sedikit.
"abang, bila boleh buka?"
"nanti sayang."
"okey."

Tak lama lepas tu, si isteri terasa sakit perut lagi. lalu dia meminta suaminya untuk membeli kek untuknya. alang2..apabila dia mendengar langkah kaki si suami sudah tidak kedengaran, lalu sekali lagi dia melepaskan bom. ah..feel good. and much better than before. si isteri tersengih lagi kerana kenakalannya.

10 minit kemudian si suami datang membawa kek.
"okey sayang. now is the time."
si isteri semakin tidak sabar. dia berdebar memnanti sat itu. apabila ikatan kain dimatanya dibuka, terserahlah kecantikan hotel tersebut ditambah dengan suasana sekeliling yang penuh dengan orang. serta merta mukanya menjadi merah padam. cis sey..mati aku!

dia melihat wajah dihadapannya satu persatu. saudara, mak ayah, adik beradik, sepupu, sahabat, bos dan lain berdiri dihadapannya dengan muka menahan bau. aduh!!!! malu siot.

"mak, bila sampai?" soal si isteri menutup malu. cover ayu.
"dah lama. sempat mak dengar bom dekat luar tadi." sindir mak mentuanya. maknya pula sudah terkedek2 berjalan ke hujun hotel. aduh mak! ana rasa malu lah....

Pengajaran,: sebelum nak buat sesuatu, think first. because we dosen't know what will be going after that. remember, think clearly, and brilliantly. :)

Perdana Menteri Enggan Letak Jawatan

Baghdad: Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki tetap berkeras mahu bertanding sebagai calon bagi penggal ketiga tanpa mengendahkan desakan pelbagai pihak malah berazam tidak letak jawatan selagi pejuang Sunni yang kini menguasai sebahagian besar negaranya berjaya ditumpaskan.
Kenyataan Nuri itu dilihat lebih menyukarkan pembentukan kerajaan baru untuk menyatukan negara yang kini berpecah-belah akibat fahaman agama. 
Katanya, majoriti pengundi memilih partinya ketika pilihan raya April lalu bererti dia juga “tidak boleh mengabaikan mereka dalam menghadapi krisis ini. 

“Saya tidak akan menyerahkan pencalonan saya sebagai perdana menteri. Jika mengundur sekarang bererti saya mengaku lemah dan tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada negara.

“Saya berikrar kepada Tuhan untuk terus berjuang bersama tentera dan sukarelawan sehingga musuh Iraq berjaya dihapuskan.
“Saya tetap askar yang memperjuangkan hak dan kepentingan Iraq serta rakyatnya. Saya tidak gerun berdepan pengganas dan sekutu mereka,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan di televisyen kebangsaan. 

Kenyataannya itu merujuk kepada pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan beberapa pejuang bersenjata Sunni yang mengawal sebahagian besar wilayah di Iraq. 

Nouri yang berfahaman Syiah berulang kali dituduh memonopoli kuasa dan menyumbang terhadap krisis yang kini melanda Iraq apabila gagal memperbaiki hubungan dengan golongan Sunni. - Reuters