Sunday, July 6, 2014

Perdana Menteri Enggan Letak Jawatan

Baghdad: Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki tetap berkeras mahu bertanding sebagai calon bagi penggal ketiga tanpa mengendahkan desakan pelbagai pihak malah berazam tidak letak jawatan selagi pejuang Sunni yang kini menguasai sebahagian besar negaranya berjaya ditumpaskan.
Kenyataan Nuri itu dilihat lebih menyukarkan pembentukan kerajaan baru untuk menyatukan negara yang kini berpecah-belah akibat fahaman agama. 
Katanya, majoriti pengundi memilih partinya ketika pilihan raya April lalu bererti dia juga “tidak boleh mengabaikan mereka dalam menghadapi krisis ini. 

“Saya tidak akan menyerahkan pencalonan saya sebagai perdana menteri. Jika mengundur sekarang bererti saya mengaku lemah dan tidak melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada negara.

“Saya berikrar kepada Tuhan untuk terus berjuang bersama tentera dan sukarelawan sehingga musuh Iraq berjaya dihapuskan.
“Saya tetap askar yang memperjuangkan hak dan kepentingan Iraq serta rakyatnya. Saya tidak gerun berdepan pengganas dan sekutu mereka,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan di televisyen kebangsaan. 

Kenyataannya itu merujuk kepada pejuang kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan beberapa pejuang bersenjata Sunni yang mengawal sebahagian besar wilayah di Iraq. 

Nouri yang berfahaman Syiah berulang kali dituduh memonopoli kuasa dan menyumbang terhadap krisis yang kini melanda Iraq apabila gagal memperbaiki hubungan dengan golongan Sunni. - Reuters

No comments:

Post a Comment