Monday, September 23, 2013

Baju Dalam Merah Itu Bukan Saya Punya – Rozita Che Wan

Cerita sebegini sememangnya sesuai untuk anda yang sedang menghadapi Monday Blues. Boleh la buat-buat gelak untuk menghilangkan stress membuat kerja. Kalau anda perasan, minggu lalu ada satu proses penjualan baju dalam yang kononnya telah dipakai oleh Rozita Che Wan. Warna merah lagi tue. Memang menyala!!!
baju dalamTidak diketahui pula sama ada baju dalam ini sudah pun terjual atau masih open for sale. Kalau sudah terjual, agak malang buat si pembeli. Empunya badan iaitu Rozita Che Wan telah menafikan baju dalam itu adalah miliknya. Kata Che Ta:-
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
baju dalam che ta
Hehehe. Abang Nara memang respek dengan Che Ta ini. Pelbagai kontroversi, cerita tak masuk akal dan cerita bodoh yang menimpa dirinya tetapi Che Ta tetap cool. Boleh gelak-gelak lagi. Agaknya kerana usia Che Ta yang sudah dewasa telah mematangkan pemikirannya. Jadi kalau anda berniat nak beli baju dalam di atas, lupakanlah sahaja hasrat itu. Hanya Zain Saidin sahaja akan memilik yang original hujung tahun nanti. Hehehe.

Sunday, September 22, 2013

Kisah Janda Bernama NORA Yang Seringkali Kehausan Setiap Malam




Nora adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya,Nora  masih cantik, potongan body pun ok macam anak dara, kira bergetah giler ah.
 
Sejak kematian suaminya, Nora selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu,Nora  tidak pernah melayani pemuda2 tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat2 kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.
 
Lebih lebih di waktu malam hari… Rasa kesepian di hatinya memuncak muncak.
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. Nora  bangun dari tidurnya.
Badannya terasa panas… tekaknya terasa haus… Nora  merasa begitu dahaga sekali…
 
Nora  bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur…langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.
 
Sesampai di dapur…Nora  langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk…
Nora  menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut….
 
Nora  kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.
 
Begitulah kisah mengenai Nora , seorang janda yang kehausan…
 
sumber-xlupa.com

Payudara Terdedah Ketika Leka Menari Di Stadium Singapura


Payudara Terdedah Ketika Leka Menari
 
Peminat bola sepak di singapore terkejut apabila tarian semasa pembukaan perlawan diantara kumpulan First XI dan Liga S-All-Stars dimana salah seorang penari pakaiannya telah tertanggal sehingga tersembol payudara penari tersebut.Hanya mengenakan tiub untuk menutup tubuhnya ketika menari di lihat terkial-kial cuba menutup payudaranya yang terdedah ketika tarian tersebut berlangsung.

Akibat dari kesukaran untuk menarik tiubnya yang terlondeh itu, beliau berlari dihadapan 7000 penonton di dalam stadium itu untuk masuk ke bilik persalinan.

Gadis Singapura Diugut Sebar Gambar Bogel Selepas Bogel Di Webcam



SINGAPURA - Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka sudah ditahan.

Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan bulan lalu.

Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam. Tanpa pengetahuannya, wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di Internet jika dia tidak memberinya wang.

Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.

Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita itu sejak sembilan bulan lalu.


Read more: http://www.blogbahni.com/2013/09/gadis-singapura-diugut-sebar-gambar.html#ixzz2fdobbJht

Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun




FARID KAMIL dan isterinya Diana Danielle diraikan pada majlis resepsi perkahwinan ala istiadat tentera di Putrajaya pada 1 Disember lalu.



TAK habis-habis cerita pasal pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Pasangan yang berkahwin pada 3 November lalu itu membuatkan ramai pembaca Diva mengangkat kening selepas Diana membocorkan rahsia di laman Instagram bahawa dia hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil. Diva tak tau nak kata apa, bersangka baik sahaja. Ini pula kisah terbaharu yang Diva dapat sumber terdekat.
Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.
Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Diva pun pucat bila dapat tahu mereka nak heret Farid atas Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.
Sumber Diva bagi tahu, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.
Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.
Diva: Tolong suami pakaikan butang seragam polis sahaja.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2EWjxwNxZ

Couple Cabar Allah, mati hancur dilanggar Lori Treler



WAHAI hamba Allah, janganlah kamu mencabar TUHANmu!!
Berita : Sep 18 Wed 11:31 **

SANI MOHD NOOH: *Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tmpt saya- johor. Tmpt & nama2 terlibat x perlulah ditulis di sini..)

Penangan mencabar Allah !

Sepasang couple, dinasihat oleh kluarga & kwn2 agar jgn suka buat maksiat.. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata2 perli oleh mrk berdua..
Nak jd cerita smlm.. Terluncur kata2 dari mrk brdua, “Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tgk sapa lg kuat ! ” Sambil ketawa. Kedua2nya gelak..
Kira2 jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mrk brdua berkenderaankn motosikal memecut laju di highway tepi kg kami. Tiba2 brdentum bunyi accident. Kedua2 pasangn itu terpelusok didpti terpelosok ke bwh lori 16 tayar.

Menurut saksi, mrk cuba memotong tp ada kereta brgerak perlahan d dpn, lalu terbabas ke lori semula, x dpt dielak lg..

Apa yg trjd kpd mrk?

Kedua2nya digelek hancur oleh lori yg sarat dgn muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bhgn dari bdn kedua2 yg tidak hancur. Yg dpt dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yg dagingnya telah tiada lgsung, bagai dikikis habis..
Bomba yg mengutip mayat2 itu hanya dpt mengutip sisa2 itu dgn penyodok shj. Oleh krn mayat2, mati berasingn, maka dpt la diasingkn jgk antara keduanya..
Di hospital, kedua2 mayat dimandikan dlm tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jln lain.

Mayat itu kmdian dikafan bagai mengulung ‘kueh popia’ & dikerandakn. Kpd keluarga msg2 dipesan spya jgn dibuka lg keranda itu..

Maka siang td (17 sept 2013), telah ditanam hamba2 Allah yg sombong itu.. Hamba2 yg begitu berani mencabar Allah !

Apakah nasib mrk mlm ini wahai kawan2 ku !?
*Wahai saudara2 ku, wahai hamba2 Allah, ambillah pengajaran dari kejadian ini..(!)
Na’uzubbillah! Inilah balasanNYA ..cash di dunia..SUMBER

Neelofa enggan komen fizikal sendiri




NEELOFA dan kontroversi bukan perkara yang asing. Baru reda dengan beberapa siri kontroversi termasuk kisah cinta bersama Hans Isaac, nama Neelofa, 23, kembali menjadi sebutan semula apabila baru-baru ini, pereka fesyen, Nurita Harith mendakwa Neelofa bersikap kurang ajar dan tidak profesional di akaun Twitter miliknya.
Status yang ditulis Nurita berbunyi: “Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak profesional.”
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu terbaharu itu, Kosmo! menghubungi Neelofa pada Isnin lalu iaitu sehari sebelum dia terbang ke Dubai untuk bercuti bersama keluarganya.
Kosmo!: Apakah yang berlaku sehingga Neelofa dikatakan kurang ajar dan tidak profesional oleh pereka fesyen Nurita Harith di akaun Twitter miliknya?
NEELOFA: Maaf. Saya tidak mahu komen tentang perkara itu. Saya mahu ke Dubai bercuti dengan keluarga. Jadi, saya mahu pergi dalam keadaan yang gembira.
Selain isu dikatakan tidak profesional, baru-baru ini ada yang mengkritik tentang betis anda besar seperti batang pisang. Apakah komen anda?
Kelakarlah kalau nak komen tentang kaki sendiri. Saya jenis yang pakai apa sahaja yang saya suka dan mengikut keselesaan saya. Setakat ini saya gembira dengan apa yang saya pakai dan bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya.
Apakah reaksi anda apabila terus dihimpit kontroversi?
Saya penat sebenarnya, sebab ada sahaja kontroversi yang tak berpenghujung. Saya tidak kacau hidup orang lain. Saya tidak faham kenapa ada orang yang ingin menyerang saya. Mungkin kerana cemburu atau tidak senang melihat orang lain senang. Bagi saya, ini dugaan yang menguatkan saya lagi sebagai anak seni.
Adakah segala dugaan yang datang pernah mematahkan semangat anda untuk teruskan kerjaya dalam bidang seni?
Tidak. Semakin banyak dugaan yang datang, saya semakin kuat. Bukan mudah untuk menjadi artis. Sebelum ini saya tidak faham orang kata susah menjadi artis, tetapi bila saya masuk dunia seni baru saya faham. Mental dan fizikal perlu kuat dan saya harus sentiasa bersedia.
Banyak pihak mengkritik mutu lakonan anda, tetapi ramai yang menyukai gaya santai anda sebagai pengacara dalam program Meletop. Adakah anda akan memberi lebih fokus terhadap bidang pengacaraan selepas ini?
Saya meminati kedua-dua bidang itu. Saya percaya dengan pengalaman yang lebih banyak dalam bidang lakonan, saya lebih tahu banyak perkara dan mutu lakonan juga akan bertambah baik. Demi peminat dan kerjaya, saya memilih watak yang berbeza dan cuba memberi yang terbaik. Sejujurnya, saya selesa juga menjadi pengacara dan memang ada banyak tawaran mengacara datang. Cuma, buat masa ini, saya hanya mahu memberi fokus kepada program Meletop dan Nona sahaja.
Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, apakah yang anda boleh katakan tentang kerjaya seni anda sepanjang tahun ini?
Tahun 2012 boleh dikatakan tahun yang produktif untuk saya. Jika saya toleh ke belakang, banyak perkara yang berlaku dan saya pelajari. Tahun hadapan saya akan bekerja lebih kuat dan Alhamdulillah, saya telah ditawarkan berlakon dalam tiga buah filem salah satunya berjudul Pilot Cafe.
Kenapakah anda memilih Dubai sebagai destinasi percutian?
Ini kali ketiga saya akan ke Dubai dan percutian ini dirancang oleh keluarga. Saya akan berehat selama dua minggu sebelum bekerja semula seperti biasa. Saya memang suka Dubai, begitu juga dengan keluarga saya.