Sunday, September 8, 2013

Kalau kahwin lagi, sila jaga maruah suami - Aidil

Sumber : beautifulnara

Pedas juga pesanan Aidil Zafuan kepada Rita Rudaini selepas penceraian mereka. Namun ia adalah satu pesanan yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Sememangnya seorang isteri perlu menjaga maruah dan tidak mengaibkan suaminya.
aidil zafuan rita
Aidil mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial. Menurut Aidil, punca penceraian adalah disebabkan kesilapan mereka dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga. Kata Aidil:-
Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya. Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya.
Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaib kan suami. Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita
rita


Apa pun, tamatlah sudah segala kontroversi, kisah luka dan duka yang melanda Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Semoga selepas ini, tiada lagi kontroversi yang muncul. Semoga mereka berbahagia dengan pilihan ini. Sama-samalah kita doakan.

Saturday, September 7, 2013

Hantar gambar ‘anu’, Adi Putra bakal berhadapan 5 tahun penjara?

Sumber : Ek Eleh.com & OhArtis
Adi_PuteraMyNewsHub berkata mereka memetik laporan Harian Metro tetapi melalui carian di Harian Metro Online tak ada pula berita tersebut. Berita tentang  Adi Putra gambar anu kepada bini orang.
Rujuk pula di bloh OhArtis.com tak ada pula disebut sumbernya. Kita cuba cari sumber utama, tak jumpa. Mungkin Harian Metro versi cetak.
Adi Putra dikatakan bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar  ‘anu’ melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan, siasatan kes itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun ia hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.”
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.”
Laporan polis telah dibuat seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit kerana Adi Putra didakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu. Lelaki tersebut yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa mereka berkomunikasi sejak penghujung Julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.
Suami wanita itu dikatakan menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selain gambar terbabit dan membuat laporan di Balai Polis Skudai. Adi Putra turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

DAlam 10 cakap 1 nombor

La Hawla Wa La Quwwata illa Billah

After chemical attack in Syria, with tears in the eye a child reads the Quran

Hadiah Harijadi Atuk

Friday, September 6, 2013

Johan As’ari: Keluarga Restu Dan Sedia Pinang Shila Amzah

Gossip percintaan antara dua selebriti popular ini nampaknya memang benar benar mencuri perhatian ramai walaupun kedua dua mereka menafikan sebarang hubungan cinta dan berkata hubungan tidak lebih dari sekadar kawan biasa.
Menariknya hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari mendedahkan yang sebenarnya dalam keluarga beliau pernah timbul perbualan tentang hubungan bersama Shila Amzah dan potensi untuk bergelar isteri. Aww yeah!
Menurut Johan As’ari yang di’temubual, ibu bapanya merestui & pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.
“Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya,” ujar Johan As’ari.

Thursday, September 5, 2013

Gambar wajah Nooraida, wanita skandal Adi Putra (7 Photo)

Sumber : Pingbusuk


Gambar wajah Nooraida, wanita skandal Adi Putra - "Sangat cantik dan memukau" hanya itu sahaja kata-kata yang admin mampu luahkan selepas melihat beberapa keping gambar wajah sebenar wanita skandal Adi Putra.

Dari sumber rotikaya, nama wanita itu ialah Nooraida Binti Abdul Talib dan berumur 30 tahun. Dia didakwa sebagai pemilik akaun Twitter Aida Anne Fasha (@aidafasha).

Jom layan lima keping gambar raut wajah sebenar Nooraida yang berjaya memikat hati pelakon Adi Putra untuk menjalin hubungan istimewa walaupun tahun si wanita ialah isteri orang lain.