Monday, September 2, 2013

Bil Letrik yang Menjimatkan

 
kad kahwin yang unik !
kad kahwin yang unik !
Ha ! Zaman sekarang sudah semakin kreatif je kan design nya. Tak main lah tipikal kad macam dulu berbunga bagai, hehe. Kad kahwin di atas menyerupai bil elektrik TNB kan, kalau sebelum ini ada orang buat facebook dan passport.
Unik !


Read more: http://fid.ohmacamitu.com/kad-kahwin-yang-unik/#ixzz2dkCccBjz

Hari Pernikahan Hampir Tiba, Zain Saidin Tertekan

Sumber : Beautifulnara
Pejam celik pejam celik sudah bulan September rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang yang pastinya berdebar-debar ialah Zain Saidin yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Rozita Che Wan pada hujung tahun ini. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, Zain mengakui dirinya makin tertekan.
zain saidin
Kalau Abang Nara jadi Zain pun confirm akan tertekan juga. Iyerlah, bini orang popular. Siapa yang taknak tengok perkahwinan Rozita Che Wan kan? Pasti semua ternanti-nanti dan sudah membayangkan betapa meriah majlis tersebut. Kata Zain:-
Orang di luar sana termasuk peminat menjangkakan sesuatu yang besar termasuk mengharapkan perkahwinan kami nanti jadi gah. Jadi saya sudah membuat persiapan untuk memastikan majlis itu nanti meriah dan memberi keselesaan kepada tetamu yang datang.
Tidak kurang ada yang mengusik saya berkahwin dengan Rozita seperti menjerat diri kerana perlu menyediakan perbelanjaan besar. Insya Allah saya cuba yang terbaik untuk mengabadikan majlis kahwin kami nanti nampak sempurna di mata khalayak.
zain saidin
Ala Zain tak payah nak stress sangat atau tertekan. Rilek jer. Lagipun majlis perkahwinan anda kan sudah banyak tajaan. Jadi bab keluarkan belanja, tak perlu nak fikir dah. Cuma kena fikirkan persiapan daripada segi mental dan fizikal buat diri anda sahaja. Hidup lepas berkahwin memang berbeza ketika bercinta. Semoga Zain sudah bersedia sepenuhnya.

Sunday, September 1, 2013

Binatang Berwarna "Merah Jambu".....pelik



SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. - Agensi
 
http://www.kosmo.com.my

Trend Tatoo Bibir Merah' Lelaki Di Nigeria



Bibir merah untuk wanita, mungkin sudah biasa, Tapi bagaimana dengan tatu bibir merah muda untuk lelaki? Tatu bibir merah muda ketika ini menjadi syarat keindahan yang popular di salah satu Negara di Afrika iaitu Nigeria. Sebab utama pekara ini adalah, adanya pendapat wanita yang melihat lelaki yang mempunyai bibir merah muda lebih menarik daripada yang tidak. Seseorang wartawan Oddity Central bercerita: Suatu hari, seseorang telah email saya menghantar link ke video seorang lelaki Nigeria yang menato bibirnya menjadi merah muda ". Jujur, saya fikir itu hanya kes terpencil, bahawa seorang lelaki hanya mahu menjadi berbeza, seperti gadis yang menato dahinya dengan nama 'Drake'.

Tetapi pekara itu membuatnya tertarik, dan melakukan penyelidikan dalam talian, nampaknya itu benar-benar adalah trend di kalangan lelaki Nigeria. Menurut battabox.com, dokumentasi dalam video pendek tersebut terdapat lelaki muda membayar kira-kira 7,000 naira nigeria ($ 45) untuk membersihkan bibir hitamnya dari kelebihan kulit lalu ditato dengan cat merah muda untuk membuat lebih cerah. Walaupun orang dalam video tersebut tidak menunjukkan ada tanda-tanda sakit, menato di kawasan sensitif seperti bibir boleh jadi menyakitkan.

Rupanya, mempunyai bibir merah muda adalah ciri-ciri estetika yang didambakan di Nigeria, dan tatu adalah cara yang paling biasa untuk mencapainya. Hasilnya boleh menjadi kekal, tetapi menurut "Nigerian Best Forum", hal ini juga mempunyai sejumlah kerugian. Pertama, mempunyai rasa sakit yang berkaitan dengan proses, maka kemungkinan untuk iritasi kulit, serta sensasi sengatan berpanjangan dan keradangan bibir. Jika tidak kena caranya dilakukan, bahkan dapat mengembangkan keloid. Dan tukang tato di video yang tidak memakai sarung tangan getah, risiko jangkitan pun adalah besar. Tetapi, demi sebuah keindahan, orang tetap akan melakukan hal-hal yang aneh. Padahal ada cara yang lebih mudah untuk membuat bibir hitam menjadi merah muda. Iaitu untuk menghilangkan zarah kotoran, minyak, dan sel-sel kulit mati yang terkumpul pada bibir sepanjang hari hanya dengan mencuci bibir menggunakan air mawar atau dengan mencampurkan minyak badam dan jus lemon agar bibir lebih halus dan merah.

           

Saya Sedar Ada Orang Benci Saya – Ammar Alfian Aziz

Sumber : Beautifulnara
Tak sudah-sudah dihimpit kontroversi si Ammar Alfian Aziz ini. Tak salah untuk Abang Nara katakan si Ammar ini lebih dikenali dengan hal-hal mengarut berbanding karier lakonannya. Lepas satu demi satu. Terbaru, Ammar dikatakan mengasari seorang pelakon baru yang bernama Nurjihan.
ammar alfian
Tampil menerusi BiPop hari ini, Ammar Alfian menafikan dakwaan dia mengasari Nurjihan. Sebaliknya menurut Ammar, dia hanya menepuk bahu Nurjihan dengan lembut, bukannya sekuat hati seperti yang didakwa. Yang menariknya, Ammar mendakwa ada pihak yang membenci dirinya. Kata Ammar:-
Saya sedar, sehingga hari ini masih ada yang membenci saya, sebab itu apa saja cerita negatif, lontar pada saya. Saya dah minta maaf dan tak mampu melawan apa-apa lagi. Mungkin ada individu tertentu masih tak berpuas hati dengan saya.
Saya tak tuduh Nurjihan mahupun Aiman, tapi mungkin ada individu lain yang cuba meraih publisiti dengan cerita seumpamanya dan pada masa sama memburukkan nama saya. Rekod saya memang dah buruk sebelum ini, panas baran dengan Syamsul lagi, jadi orang menggunakan alasan itu, saya ni memang takkan berubah.
Saya dah lali, buat bodoh sajalah. Manusia, penyakit hati itu memang ada dalam diri masing-masing. Saya buat 10 kebaikan, orang tak sedar, tapi dengan satu kesilapan, orang ingat sampai bila-bila. Walaupun saya dah minta maaf, orang masih nak label saya ni panas baran. Saya tak mampu puaskan hati semua orang.
Hmmm. Agak pelik juga untuk orang mencemburui dan menyakiti hati Ammar Alfian. Kalau popular macam Aaron Aziz bolehlah difahami. Mungkin Ammar kena periksa diri sendiri terlebih dahulu. Tengok di mana silap sampai asyik timbul kontroversi. Orang lain jadi pelakon juga tapi tidaklah asyik-asyik keluar cerita buruk je. Tak gitu?

mari berkenalan dengan pengasas bank al-rajhi yang memilih untuk hidup miskin


Tidak semua yang kaya itu tamak dan berlagak. Ada juga mereka yang dikurniakan Allah berharta tetapi beriman dan rela memberi harta mereka untuk urusan kebajikan. Tak ramai orang yang seperti ini. Kami kongsikan kisah jutawan dan pengasas Bank Al-Rajhi yang memilih untuk menjadi ‘miskin’.

Pengasas Bank Al-Rajhi

Kisah Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’ - Terbakor

Kisah Sulaiman Al-Rajhi

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.

Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Kisah Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’ - Terbakor
Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.


Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” 

semoga beliau sentiasa dirahmati~~

pakcik, saya mau jadi menantu pakcik! haha

24 Manusia Yang Pernah Mengaku Nabi Dalam Sejarah!


Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda..Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai..Nak tahu siapa mereka ini, meh usha kat bawah..
kafir
1. Lia Aminuddin
Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.
2. Ahmad Mukti 
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.
3. Dedi Mulyana
Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.
4. Ahmad Musaddeq
atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007.
5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah
Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.
6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.
Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.
7. Mirza Ali Mohammad (abad 19).
Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.
8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala
Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.
9. Muhammad Bakri
Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian  mayatnya disalib di atas papan kayu.
10. Tsurayya Manqus
Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.
11. Amru bin Luhayyi,
Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.
12. Musailamah al-Kadzdzab
Berusia 150 tahun, mati tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.
13. Zoroaster 
Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).
14. Mazdak
Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.
15. Al-Aswad al-Ansi
Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.
16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid
Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.
17. Mirza Husein Ali.
Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.
18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna
Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjara oleh pemerintah Mesir.
19. Daishan,
Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran bertuhan dua di Parsi dari agama Majusi.
20. Mirza Ghulam Ahmad,
Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera
21. Marcion
Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan pemahaman Marcionisme
22. Mani
Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.
23. Sutarmin
Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.
24. Ashriyanti Samuda
Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat setempat.