Monday, July 29, 2013
Menyesal Giler Aku Kahwin

Menyesal Giler Aku Kahwin………….
Ini cerita aku…..
Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.
Aku tak penah kenal pon dia.
Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.
Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.
Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.
Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.
“Jom la bang tido…”.
Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.
Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..
Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!
Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la….
Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..
Kira berbelanja tanpa waswas la.
Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.
Hohoho..
Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.
Tade dalam list, tak leh amik!!
Dah la berejam-jam pusing..
Leceh tol la orang pompuan nih.
Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.
Aku je yang muka tensen.
Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..
Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.
Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..
Dia kata x hensem la, x kemas la..
Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!
Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.
Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)
ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.
Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).
Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.
Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.
Sakit wooo bini aku cubit.
Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made.
Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).
Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.
Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je..
Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..
Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la..
Maklum la dah ade P.A.
Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..
Hmm sejuk hatiku.
Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.
Jadi kena ade yang tolong ingatkan.
Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehehe sweet x?
Sunday, July 28, 2013
Aksi Tak Senonoh Lelaki Ini Pada Wanita Yang Pakai Skirt Pendek
TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR SRK SERI PRISTANA
Adakah pemilik akaun Facebook Melayu menggunakan perkataan 'BERMAKAN'? Perkataan itu
tidak disenaraikan dalam kamus bahasa Melayu.
Baca pula antara komen biadab dicatatkan oleh 2 pelayar laman Facebook itu.
Komen di bawah tidak difahami.
Klik dan LIKE di sini untuk melihat akaun Facebook penyokong Guru Besar SRK Seri
Pristana.
Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor dan
berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil
temu bual saya melalui panggilan telefon bersama
berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil
temu bual saya melalui panggilan telefon bersama
Mohamad Nasir pada jam 10 malam tadi.
1. Beliau TIDAK diarahkan bercuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan
diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah
diterimanya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan
diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah
diterimanya.
2. Tindakan membuka ruang makan alternatif di bilik persalinan telah diusulkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai
digunakan.
mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai
digunakan.
"Kantin sekolah berupaya menampung kira-kira 150 pelajar, selebih mereka berehat
pada satu sesi terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan laluan. Pada waktu
tengahari sinaran matahari terik memancar dan sebahagian daripada ruang kantin
menajdi panas. Pelajar terpaksa makan dan minum dalam keadaan amat tidak selesa," ujar ayah kepada 6 anak itu.

3. "Apakah bentuk pengubahsuaian dilakukan di kantin dan mengapakah kantin ditutup
untuk kegunaan pelajar?," soal saya.
untuk kegunaan pelajar?," soal saya.
"Dua laluan ke bilik guru dengan 3 daun pintu kayu digantikan dengan pintu kaca.
Sehari selepas kontraktor membuat kerja pengubahsuaian, saya dapati pintu kaca
belum sempat dipasang diletakkan di ruang kantin. Pada masa sama, saya menemui
kesan tapak kaki pelajar di kawasan sekitar. Saya berasa bimbang, jika pelajar tercedera
dan pihak sekolah kemudian memasang tali penghadang berwarna merah dan putih buat
sementara waktu," jelas Mohamad Nasir lagi.

4. Guru Besar lulusan Maktab Temenggung Ibrahim, Johor Bahru itu berkata ...
"Saya kecewa kerana ramai individu melontarkan komen dan menjatuhkan hukuman
terhadap saya TANPA usul periksa. Mereka juga tidak pernah hadir di SRK Sri Pristana.
Sebilangan orang awam bertanya, mengapakah pelajar tidak dibenarkan makan di
dalam kelas? Peraturan standard sekolah melarang pelajar berada di dalam kelas
untuk mengelakkan kes kecurian barang berlaku. Pembinaan kanopi pula membabitkan
kos tinggi. Sebuah kanopi bersaiz 20x20 kaki dianggarkan berharga lebih

RM2,000," kata beliau lagi.
Klik di sini untuk membaca pandangan bekas Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana
mengenai Mohamad Nasir.
mengenai Mohamad Nasir.
Sumber : BERSAMA MAZIDUL
Gambar cucu cicit keturunan Rasulullah?
Subhanallah – Gambar Cicit Rasullulah Yang Comel.
Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat…mungkin?
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?
Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.
Subhanallah Maha Suci Allah, cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya?
sumber : http://kezoom.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)