Wednesday, July 3, 2013

Maria Farida komen tentang Shah Jaszle

Kadang-kadang Abang Nara tertanya-tanya jugak. Apakah kelebihan Shah Jaszle sehingga ramai benar awek-awek yang terpikat padanya. Salah seorang daripada mereka ialah Maria Farida. Menariknya, si “hot mama” ini memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku terhadap Shah Jaszle.
shah jaszle
Kata Maria Farida kepada MalaysianDigest:-
Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia (Shah Jaszle) yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around. Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib dia yang kali ini (kantoi) paling besar
shah jaszle
Mungkin juga hubungan Shah Jaszle dan Maria Farida putus di tengah jalan kerana “kantoi” dengan wanita lain. Maria Farida turut meluahkan rasa kasihannya kepada tunang Shah Jaszle iaitu Redzwani Puteri. Kata Maria Farida lagi:-
Kasihan lah pada tunang dia, dapat buaya yang macam tu. Lepas satu, satu dia (Shahz Jaszle) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar dari orang-orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu
Abang Nara pun sebenarnya kasihankan Redzwani Puteri. Namun nak buat macam mana. Cinta itu memang boleh membutakan. Semoga kes khalwat Shah Jaszle akan dibicara segera dan kebenaran akan terbukti. Sama-samalah kita nantikan.

Sumber : Beautifulnara

Bini Johan Mengamuk..!!

Kawan baik ker....

Bila bercinta, sememangnya akan ada perubahan. Lebih-lebih lagi kalau bercinta dengan kawan baik. Biasalah tue, kalau berkawan memang boleh tunjuk perangai gila-gila. Kalau dah bercinta, kenalah cover dan jadi romantik sikit. Agaknya itu yang terjadi pada Nabila Huda dan Nas-T.
nabila huda dan nas-tHubungan mereka berdua sudah putus di tengah jalan. Menurut Nabila, apabila hanya berkawan dengan Nas-T, itu lebih menggembirakan bagi dirinya. Kata Nabila kepada Mstar Online:-
Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya. Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan. Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula
nabila huda
Agak sukar juga untuk menjadi kawan semula selepas bercinta. Pasti akan ada rasa kekok. Apa pun Nabila buat masa ini enggan bercinta dan mahu menumpukan perhatian kepada anak dan kerjayanya. Kata Nabila:-
Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja. Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan
Diharap kali ini Nabila betul-betul memberikan tumpuan kepada dirinya, anak dan kerjaya. Jangan tup-tup lepas ini dah ada kekasih baru pulak. Bagi masa kepada diri sendiri untuk merenung punca kegagalan percintaan anda. Abang Nara rasa at least kena setahun dua juga Nabila hidup solo. Lepas itu kalau nak bercinta, bercintalah. Tak gitu?

Sumber : Beautifulnara

Stress stress stress



Bahaya stress ni...ketua jabatan kena pastikan peralatan pejabat sentiasa dibaiki utk elakkan staff anda stress

Tuesday, July 2, 2013

Iklan Lawak BMW



Mendalam maksud iklan ni... sebenarnya kereta yg ambil gambar tu paling pantas...terbaik la

Iklan Lawak BMW



Mendalam maksud iklan ni... sebenarnya kereta yg ambil gambar tu paling pantas...terbaik la

(Tahniah) Diana Danielle Selamat Melahirkan Bayi Lelaki


ohartis-diana-danielle-farid-kamil
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah muda Farid Kamil dan pasangannya Diana Danielle telah selamat bergelar ibu dan bapa selepas lahirnya putera sulung mereka siang tadi.
Diana Danielle selamat melahirkan bayi mereka secara normal di sebuah hospital di Australia dan berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Farid Kamil melalui laman sosial Twitternya. Bayi lelaki itu dilahirkan seberat 9.7lbs atau 4.39kg. Besar jugak tu?!
ohartis-diana-danielle-bersalin-3
Pasangan Farid Kamil & Diana Danielle diijabkabulkan pada 3 November tahun lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala Lumpur dan 16 hari selepas bernikah Diana mengumumkan beliau sudah mengandung. Bunting Pelamin.
ohartis-diana-danielle-bersalin-2
ohartis-diana-danielle-bersalin-2
OHARTIS: TAHNIAH BUAT FARID DAN DIANA. DIDIKLAH ANAK MENJADI ANAK YANG SOLEH.

Sumber : Ohartis.com