Thursday, July 25, 2013

SARA AMELIA DAKWA FATWA RATU CANTIK SUDAH LAPUK!


Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.
Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

“Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.
“Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia,” tulisnya.
Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama.



My thoughts on being disqualified from Miss Malaysia World because I am Muslim

July 22, 2013 at 6:13pm
I've always wanted to join Miss Malaysia, and was so excited to receive news that Muslim girls would be able to participate in Miss Malaysia World this year. It was finally an opportunity to show the world what true Malaysian beauty is. A beauty queen is not merely a pretty face but is intelligent, cultured, well-spoken, kind hearted, warm and friendly. She uses her title to help others and participates in various charities worldwide. The idea of working with underprievelaged children and the less fortunate motivated me deeply.

I went for the auditions where I first met the pageant organizer, Miss Malaysia Universe 1990, Datin Anna Lim. She's the type of lady who has a smile that can light up an entire room, a real beauty queen who radiates happiness and warmth wherever she goes. I was told that as a Muslim participant, I would not wear a bikini in the swimsuit round and instead be required to wear something more modest- either a swimsuit with pants or sports attire. I was also informed there that the international grand finals would be held in our Muslim neighbouring country, Indonesia.

At the auditions, I was given an autobiography book written by Datin Anna. In it were amazing tales of her life's adventure. It seems that we were both from Ipoh! I smiled when I flipped through the pages of photographs of her with orphaned children, cancer patients, Miss Universes's from other nations... I was even more impressed to learn that after the competition, she studied in London and became a stock broker! In fact, she also started her own interior designing firm. A true example of beauty with brains! That night I dreamed of following in her footsteps.

The next day, I received a call informing me that I had made it into the Top 20 Finalists! I was estatic and overjoyed. A few days later I joined the other girls for a photoshoot and press launch.

Just as news that 4 Muslim girls were participants had made headlines, however, it was published that a 'fatwa' existed banning Muslim women in Malaysia from participating in beauty pageants. Wawa, Miera, Kathrina and I were disqualified!

Today I am saddened, disappointed and outraged that in 2013 the country's largest ethnic race cannot participate in Miss Malaysia.

The reason why the 'fatwa' was created in 1996 no longer exists. Competition rules allow Muslim girls to dress modestly. Even if not, shouldn't religion be a personal choice? The first Muslim girl won Miss World USA in 2010, and in UK similarly many years ago.

Miss world pageant isn't about parading women to entice lust in men but to show the elegance and inner beauty of a woman since the organizations aim to help others through charities.

Why prevent us from making the country proud? If wearing tight attire is such a sin, why not ban swimming and gymnastics too?

As I type the last lines to this note, I just received a message from Datin Anna Lim who has made so much effort and braved to fight for our rights:

Please to inform you Dato' Anna Lim has been trying to arrange for a meeting with Datuk Wan Zahidi 'why muslim girls are illegal and sinful to participate in beauty pageants'? She wants to know which part of the Quran states that and hope to have a favourable explaination to this matter. But unfortunately her request on the meeting to discuss this matter has not be granted and no further explaination was made.

Please help our fight for justice, Malaysia. We're standing up against discrimination as this outdated 'fatwa' needs to be ammended.

Thanks everyone for all the love and support!

#missmalaysiaworld




** ISLAM TIDAK BOLEH DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA, IA TAK DAPAT DIJUAL BELI.....

iman adalah mutiara...
di dalam hati manusia...
yang meyakini ALLAH
MAHA ESA... MAHA KUASA...
tanpamu iman bagaimanalah...
merasa diri hamba padaNYA...
tanpamu iman bagaimanalah...
menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa...
iman tak dapat diwarisi...
dari seorang ayah yang bertaqwa...
ia tak dapat dijual-beli...
ia tiada di tepian pantai...
walau apapun caranya jua...
engkau mendaki gunung yang tinggi...
engkau berentas lautan api...
namun tak dapat jua dimiliki...
jika tidak kembali pada ALLAH...
iman adalah mutiara...
di dalam hati manusia...
yang meyakini ALLAH
MAHA ESA... MAHA KUASA...
tanpamu iman bagaimanalah...
merasa diri hamba padaNYA...
tanpamu iman bagaimanalah...
menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa...
[ iman mutiara lyrics found on http://lyrics.my ]
iman tak dapat diwarisi...
dari seorang ayah yang bertaqwa...
ia tak dapat dijual-beli...
ia tiada di tepian pantai...
walau apapun caranya jua...
engkau mendaki gunung yang tinggi...
engkau berentas lautan api...
namun tak dapat jua dimiliki...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...

Suami Curang dengan Awek Vietnam Kantoi

Kantoi curang
Keng Siuk (kiri) menunjukkan gambar yang dirakam kepada Way Keng ( tengah) semalam.
AMPANG  - Seorang isteri yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak terkejut apabila melihat suami separuh bogel bersama seorang perempuan warga Vietnam di atas katil biliknya.

Cheang Keng Siuk,31, berkata,dia tergamam dan terkejut apabila melihat suaminya sedang tidur bersama dengan perempuan lain dalam bilik tidurnya baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semasa dia pulang ke rumah untuk mengambil pakaian kerana tinggal di rumah emaknya apabila masih dalam tempoh berpantang melahirkan anak yang baru berusia 12 hari.

“Pada hari kejadian, saya dikejutkan dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah saya dan saya sempat merakam gambar mereka berdua dalam keadaan separuh bogel.

“Bagaimanapun, tindakan saya disedari oleh perempuan tersebut yang terus mengejutkan suami tetapi saya sempat keluar dari rumah dan menyelamatkan diri apabila cuba dikejar oleh suami” katanya kepada Sinar Harian pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Dun Teratai, semalam.

Keng Siuk berkata, dia berasa perkahwinannya tidak boleh diselamatkan lagi dan ingin berpisah dengan suaminya kerana hubungan mereka sudah tiada masa depan lagi.

Katanya lagi, dia sudah putus asa dan mahu berpisah serta menuntut nafkah yang setimpal bagi perbelanjaan dua anaknya setelah berhenti kerja apabila dipaksa oleh suami sebelum ini.

“Suami saya juga tidak mahu bersama dengan saya lagi dan mahu memberi duit nafkah sebanyak RM500 tetapi saya tidak bersetuju dengan jumlah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Adun Teratai, Tiew Way Keng berkata, sebelum ini, kedua-dua pihak tersebut telah berjumpa dengannya dan berbincang berhubung masa depan perkahwinan mereka.

Katanya, isu di sini adalah campur tangan oleh pihak ketiga iaitu perempuan warga asing dalam rumah tangga pasangan ini dan kedua-duanya mahu berpisah setelah tiada kepercayaan lagi antara satu sama lain.

“Bagaimanapun, saya menasihati pasangan ini supaya bertenang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru kerana mereka mempunyai anak yang kecil,” katanya.

Way Keng berkata lagi, dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya menggariskan satu panduan atau undang-undang berhubung isu sosial yang semakin berleluasa terutamanya kehadiran warga asing ke negara ini.

SAYA TAHU DAYANA TERLUKA - ASHRAF MUSLIM







Saya tahu Dayana terluka - Ashraf Muslim | "SAYA tahu dia (Dayana) terluka," demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.

“Semoga segala penjelasan saya ini... Saya minta semua dapat membantu saya dan mungkin ada salah silap, saya minta maaf.

“Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini.

Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.

Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media.

MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?

ASHRAF:Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar.

Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku.

Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.

MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?

ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah.

Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila...saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik.

Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik.

Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah.

Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

MEDIA :  Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?

ASHRAF:Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah.

Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan?

Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.

MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?

ASHRAF:Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.

MEDIA :  Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?

ASHRAF:Sekarang mereka(Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.

MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

ASHRAF:Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.

Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali.

Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul.

Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.

MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?

ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada.

Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami.

Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh.

Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.

Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga.

Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

MEDIA: Bagaimana penerimaan keluarga Ashraf sendiri?

ASHRAF: Setiap pergerakan saya, setiap niat saya, saya beritahu mereka awal-awal dan saya beritahu awal-awal.

Cuma, ada yang tidak terima. Apabila tidak terima itu yang bertindak di luar jangkaan. Siapa itu kena nilai sendiri.

Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Tak apalah sebab, tidak semua yang kita buat orang terima.

MEDIA: Mengapa berkahwin kali kedua sedangkan perkahwinan pertama masih baru?

ASHRAF: Kalau orang itu berniat hendak kahwin, dia akan kahwinlah.

Kita ini manusia. Saya bukan sempurna. Saya tidak mahu berlaku fitnah di dalam hati saya.

Ini bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan! Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam manapun, nanti ia akan...

Saya takut saya akan buat benda yang tidak baik.

Lebih baik saya berkahwin. Apabila buat keputusan kahwin, itu yang macam saya cakap tadi.

MEDIA: Mengapa berkahwin di Thailand?

ASHRAF: Itu satu keputusan yang saya susah hendak lakukan. Pertama untuk poligami, lama saya fikir.

Bukan senang hendak berpoligami, saya tahu susah.

Saya tanya kepada banyak ustaz, pakar kaunseling dan berbincang.

Bukan saya buat satu keputusan mahu terus berpoligami. Tidak.

Semuanya ada pro dan kontra.

Keputusan bernikah di luar negara pun, saya fikir beribu kali.

Tapi disebabkan pada peringkat permulaan, niat saya ini saya sudah beritahu keluarga saya, Dayana, ibu dan bapa mertua saya.

Apabila saya sudah terangkan, ada yang tidak terima dan apabila saya failkan untuk berpoligami, ada tindakan di luar jangkaan yang saya agak terkejut juga.

Jadi, tidak mengapalah, mungkin itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk kahwin di luar negara.

Sebab kita tahu, apabila di mahkamah, perjalanannya agak panjang sedikit. Disebabkan ramai yang sudah membuat spekulasi yang macam-macam, akan banyak mengaibkan keluarga saya dan orang lain, perkara ini akan berpanjangan.

Nanti, ia akan menyakitkan hati ramai orang. Saya buat keputusan untuk berkahwin di luar negara.

MEDIA: Siapa yang ada ketika majlis nikah di luar negara?

ASHRAF: Keluarga saya, adik beradik semua ada. Keluarga Sakinah, mak ayah dia, adik beradik dia, saudara mara semua ada. Saya bawa dalam 30 orang.

Bukan kahwin lari. Orang kata kahwin lari...tidak.

MEDIA: Adakah Dayana mengetahui mengenai perkahwinan itu?

ASHRAF: (Dayana) Tidak tahu. Memang saya tak beritahu pada peringkat permulaan. Memang saya nak beritahu selepas itu.

Saya tahu hati dia terluka, saya tahu hati dia bersedih. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia.

Saya terangkan pada dia, sebab apabila saya minta elok-elok, jawapannya begini. Tak apa, saya buat cara ini untuk menerangkan pada dia selepas itu.

Tetapi, tentang tiket pernebangan itu...apabila saya balik itu, dah tentu dia kemaskan. Saya pun tak sempat nak beritahu. Saya baru sampai semalam (ketika kejadian).

Esok paginya, baru saya nak beritahu. Memang Tuhan nak tunjuk. Saya pujuk dia, bincang dengan dia, cakap elok-elok.

Hati perempuan kan, saya kena fahamlah.

MEDIA: Perancangan untuk buat kenduri?

ASHRAF: Ada. Apabila semua sudah selesai, semua sudah redha. Saya mahu buat yang terbaik untuk semua, untuk isteri-isteri saya, untuk keluarga saya. Tengoklah macam mana nanti.

Kenduri mungkin tak adalah besar-besar. Untuk keluarga-keluarga saja. Mungkin awak semua (media) saya jemputlah.

Kenduri doa selamat saja.

MEDIA: Sudah ada dua rumah, jadi beraya di mana?

ASHRAF: Saya belum merancang lagi tentang itu. Fokus saya sekarang ini adalah untuk meredakan keadaan dulu.

MEDIA: Isteri tinggal sebumbung?

ASHRAF: Asing-asing. Dayana tinggal dengan saya.

MEDIA: Bagaimana keadaan Sakinah apabila dia dihentam teruk oleh orang di luar sana?

ASHRAF: Kita mesti tertekan apabila orang asyik kutuk kita, cakap macam-macam, hina kita. Tapi, apa yang saya boleh pesan pada dia, sabar. Itu saja.

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Sabar, sabar, sabar dan dengar apa yang saya cakap.

Sebagai seorang isteri, kalau hendak bahagia, dengar saya cakap. Kalau tidak dengar, memang tak bahagialah.

Kalau melawan, melawan, melawan, tidak jadi juga. Itu yang saya nasihat pada mereka supaya mereka bersabar.

MEDIA: Tentang mereka keluar bersama, pertama kali mereka keluar bersama atau pun...?

ASHRAF: Ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah.

MEDIA: Dayana sudah boleh terima Sakinah?

ASHRAF: Dalam proses. Kita tak boleh hendak cakap 100 peratus sebab ini perempuan.

Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan. Nak terima itu hak dia. Kita tak tahu dia nak terima macam mana.

MEDIA: Ada Dayana minta dilepaskan ke?

ASHRAF: Tak adalah. Jauh sekali. Tak ada. 'Think foward' kalau kita 'think backward' macam-macam jadi tak betul. Benda dah selesai dan kita fikir macam mana nak jadi lebih baik.

Saya nak minta maaf kepada pihak media. Sebelum-sebelum ini, mungkin ada benda yang saya terpaksa nak rahsiakan, ada benda yang saya perlu beritahu.

Hal berkaitan keluarga ini, kita banyak benda nak kena jaga. Kadang-kadang terlepas itu, terpaksa kita...iyalah benda-benda terlepas itu...

Sebenarnya saya tak nak beritahu, nanti baru saya beritahu, tetapi entah macam mana boleh terbongkar.

Macam-macam sudah berlalu, kena sabar, kena telan. Tapi itu silap saya.

Saya mengaku silap saya. Macam ada yang cakap berkahwin di luar sana tak betul...bagi saya, kahwin di luar di mana-mana pun sama. Saya kahwin dulu pun di luar negara juga.

Cuma, persepsi saja. Apabila kita berpoligami, orang cakap macam-macam.

MEDIA: Apa komen Ashraf tentang puisi 'Dayana' yang tersebar.

ASHRAF: Tak ada. Dayana langsung tak buat puisi. Dia pun tak ada masa, dia pun bukan orang berpuitis, saya kenal dia. Itu bukan dia. Bagi saya, orang ambil kesempatanlah.

Benda ini sudah jadi kecoh begini, ditambah lagi (dengan puisi).

Ada yang cakap Dayana masuk hospital sebab sakit apa semua, tak ada.

Dayana memang demam. Dia sendiri cakap, 'kenapalah buat kenyataan seperti itu'. Tapi saya faham apabila orang marah, kita kena terimalah.

Saya sayang keluarga mertua saya, isteri-isteri saya, keluarga saya.

MEDIA: Ada dakwaan mengatakan Ashraf penyebab Sakinah putus tunang.

ASHRAF: Itu saya tidak tahu. Saya tahu pasal dia putus tunang tetapi ia tidak ada kena mengena dengan saya.

MEDIA: Apa harapan Ashraf selepas ini?

ASHRAF: Harapan saya, doakanlah. Kadang-kadang kita tulis atau dalam blog, salah satu doa.

Sebab saya tidak pernah mengaibkan orang lain. Jadi, janganlah nak mengaibkan saya dan keluarga saya.

Saya harap di luar sana, janganlah kita fikir yang ini salah, yang itu salah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan keluarga saya.

Kalau boleh kami dapat meneruskan perjalanan hidup ini dengan baik.

ANAK MICHAEL JACKSON DEDAH KENAPA DIA MEMAKAI TOPENG

Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News semalam.

GAMBAR fail menunjukkan Prince (kanan) dan Paris (kiri) bersama Jackson semasa mereka melawat sebuah zoo di Berlin pada tahun 2002.- REUTERS
Paris Jackson berkata, dia mahu menggunakan sebahagian daripada harta pe­ninggalan bapanya untuk membina se­mula Neverland, khusus untuk menghibur kanak-kanak kurang bernasib baik.

Pelajar itu berkata demikian ketika menceritakan saat bahagia yang dikongsinya dengan bapanya yang mati ketika berusia 11 tahun.

Dia mengunjungi kediaman zaman kanak-kanak­nya dua tahun lalu dan terkejut melihat roda Ferris yang menjadi tarikan utama di situ sudah ditanggalkan.

“Saya menangis dan menangis. Roda Ferris itu memang sesuai di situ. Tetapi ia sudah tiada,” katanya.

Paris berkata, ia perlu dipasang semula untuk faedah kanak-kanak kurang bernasib baik.

Dia merancang memulakan projek itu sebaik mencapai usia dewasa.

Kenyataannya pasti me­ngejutkan jutaan peminat Michael Jackson yang pernah melihat impian superstar itu untuk membina tempat istimewa bagi kanak-kanak musnah.

Paris yang kini berusia 15 tahun juga merancang memberi penghormatan kepada mendiang bapanya de­ngan mentatu kata-kata yang pernah diucapkan Jackson kepadanya pada pergelangan tangannya apabila dia dewasa kelak.

Ketika ini, dia me­ngenang bapanya de­ngan meletakkan gambar Jackson di bilik tidurnya di rumah besar yang didiami bersama dengan abang, Prince, 16, dan adik, Blanket, 11, di atas bukit di Los Angeles.
Mereka dijaga oleh ibu Jackson, Katherine, 82.
“Saya mempunyai ba­nyak kenangan bersama bapa. Dia bapa yang menakjubkan. Kami akan menyayanginya hingga mati. Dia sentiasa cuba mendidik kami seboleh yang mungkin.

“Dia sentiasa mengawasi dan melindungi kami,” kata Paris.
Gadis itu menjelaskan alasan Jackson memaksa mereka bertopeng apabila berada di tempat awam.

“Dia tidak mahu sesiapa melihat rupa kami. Dengan cara itu kami memperoleh apa yang tidak pernah diperolehnya kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

“Dia juga cuba memberi keluarganya satu kehidupan seperti kanak-kanan lain walaupun mengadakan pementasan di luar daerah atau negara.

“Ini termasuk me­ngubah kamar hotel menjadi pawagam de­ngan projektor mudah alih,” katanya.

Cerita Paris itu menyerlahkan perkara baru dalam kehidupan penuh kompleks Jackson dan sekali gus mendedahkan kasih sayangnya terhadap Prince dan Paris yang dilahirkan oleh bekas isterinya, Debbie Rowe serta Blanket oleh seorang ibu tumpang.
Kehidupan ketiga-tiga anak Raja Pop itu kini dibiayai oleh Yayasan Keluarga Michael Jackson.

Yayasan berkenaan juga bertanggungjawab membayar gaji 15 kakitangan sepenuh masa, termasuk pengawal peribadi, tukang masak, dua pengasuh, pembantu rumah dan tukang kebun di kediaman yang disewa dengan harga AS$26,000 (RM78,000) sebulan itu.

Kediaman mereka dikawal ketat dan kalis paparazi dan antara jiran mereka ialah Justin Bieber dan Britney Spears.
Meskipun kaya dan dari keluarga yang terkenal, Paris belajar di sekolah biasa.

“Saya mahu mempunyai pe­ngalaman bersekolah sama seperti orang lain,” kata­nya yang kini menganggotai pasukan sorak dan mewakili sekolahnya dalam sukan bola sepak selain menceburkan diri dalam bidang fotografi.

Dia turut mewarisi minat bapanya dalam bidang muzik dan mendedah mendiang bapanya pernah mengajar­nya menari.
Namun, Paris tidak merancang menjejaki bapanya dalam dunia hiburan. Impian gadis itu ialah untuk menjadi pakar bedah jantung.

“Saya mahu membantu orang ramai. Itu saja,” katanya.

Dia mendedahkan perkara itu dalam wawancara dengan majalah Event ketika keluarga Jackson bersiap sedia untuk mengemukakan saman berjumlah AS$40 juta (RM120 juta) terhadap AEG, promoter konsert Michael Jackson, ‘This Is It’ di Arena 02 London.

Menurut dokumen mah­kamah, Katherine menuduh AEG mementingkan keuntungan besar hasil daripada konsert itu tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan Jackson.

Paris dan abangnya dijangka memberi kenyataan untuk mendedahkan lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi bapa mereka apabila kes itu dibicarakan.

CARA SELEBRITI HOLLYWOOD MENGELAK PAPARAZI!



CARA UNIK SELEBRITI HOLLYWOOD LARI DARI PAPARAZI | Paparazi artis terkenal bertaraf Hollywood sememangnya sangat menyakitkan hati kerana mereka gemar mengganggu privasi artis yang mereka kejar dan ada antara mereka yang sanggup duduk berbulan-bulan memerhati demi mendapatkan liputan awal mengenai seseorang artis Hollywood itu.
Siapakah artis ini?
Nampak sangat lawak dan menyiksa diri. Namun, begitulah cara Leonardo Dicaprio mengelak paparazi.

TINDAKAN AKAN DIKENAKAN KEPADA PELAKON LELAKI BERPAKAIAN WANITA!



TINDAKAN PADA KEPADA PELAKON LELAKI BERPAKAIAN WANITA | KUALA LUMPUR – Kerajaan khususnya pihak berkuasa agama dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia digesa mengambil tindakan terhadap pelakon lelaki berpakaian wanita di stesen televisyen berbayar yang dilihat mendorong kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketika membuat gesaan itu, anggota Dewan Negara Senator Rohani Abdullah berkata meskipun hanya lakonan, perbuatan memakai pakaian dan menyerupai wanita itu jelas haram di sisi Islam.
“Pihak berkuasa agama memang ada bertindak kepada golongan lelaki berpakaian wanita yang berlagak seperti pondan dan sebagainya tetapi masih tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pelakon.
“Tindakan pihak berkuasa agama hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja tetapi perlu diketahui stesen televisyen berbayar ini ditonton ramai orang,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.


UCAPAN BREAK UP SHARIFAH SAKINAH